“Minta maaf itu mudah!” – Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang

Tambah ke Sumber Pilihan
“Minta maaf itu mudah!” – Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang
Lobak Merah
Lobak Merah
"Minta maaf itu mudah!" - Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang
Loading
/

Seorang ahli tentera berjaya ditangkap oleh penduduk kampung mencuri tabung masjid pada 13 Julai lepas. Menurut Tribun, lelaki dari Tentera Nasional Indonesia itu telah mencuri di Masjid Nurul Islam di Kota Palembang, Sumatera Selatan.

Sebuah video ketika kejadian viral di media sosial menunjukkan penduduk naik angin dengan lelaki itu yang lengkap memakai seragam tentera ketika mencuri.


Tentera1
Sumber: Detik

Pada mulanya penduduk berasa curiga dengan lelaki bernama Kopda merupakan ahli tentera dan hanya menyamar menggunakan seragam tu. Tapi lepas ditangkap dan disemak, ternyata Kopda memang seorang tentera dan masih bertugas di satuan Balayon Kavaleri (Yonkav) 5. Dalam video yang viral tu, Kopda didengari meminta maaf beberapa kali dan seorang penduduk menengking,

Kalau semua orang salah, minta maaf. Itu mudah, tau nggak?!”

Ten2
Sumber: Facebook

Penduduk itu dilihat memegang parang dan berkasar dengan Kopda kerana menurutnya kejadian kecurian di masjid itu kerap terjadi. Itu bukanlah kali pertama tabung masjid dicuri tetapi menurut Kopda itu adalah kali pertama dia berbuat sebegitu.

Disebakan bengang dengan dengan apa yang berlaku, penduduk kampung bertindak memalukan Kopda di depan ramai orang. Mereka mengikat tangannya ke belakang dan menyuruhnya duduk di atas lantai.

Dalam sebuah video, Kopda dilihat hanya menundukkan kepala dan penduduk meletakkan tabung yang dicuri tu dekat sebelah dia.

Ten3
Sumber: Youtube

Menurut Kolonel Djohan, pihaknya masih belum boleh memastikan penyebab mengapa Kopda mencuri tabung itu. Kopda kemudian diserahkan kepada Detasemen Polisi Militer (DENPOM) untuk disoal siasat dan juga pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan terhadapnya.

Benar, suspek sedang menjalani pemeriksaan di Denpom. Sama ada disebabkan gangguan mental atau di bawah pengaruh dadah. Mental dia akan diperiksa terlebih dahulu.”

Tonton video di bawah:

Baca: “Ni bukan mandi mayat, ni mandi nak jadi mayat” – 5 Kali Curi Tabung Masjid, Lelaki Dimandi Jenazah Oleh Orang Surau

Sapa Suruh Mencuri

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Minta maaf itu mudah!” – Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/minta-maaf-itu-mudah-tentera-kantoi-curi-tabung-masjid-dimalukan-depan-ramai-orang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM