in

“Ni bukan mandi mayat, ni mandi nak jadi mayat” – 5 Kali Curi Tabung Masjid, Lelaki Dimandi Jenazah Oleh Orang Surau

Sapa Suruh Mencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ni bukan mandi mayat, ni mandi nak jadi mayat" - 5 Kali Curi Tabung Masjid, Lelaki Dimandi Jenazah Oleh Orang Surau
Loading
/

Bersempena bulan baik ni, admin ingat ramailah yang akan buat amal ibadah dan tinggalkan perkara yang mungkar serta tidak berfaedah. Tapi tak sangka pulak, seorang lelaki di Sungai Tiram, Johor Bahru ini berani memecah tabung surau dan mencurinya. Astaghfirullah… 


Menurut Sinar Harian, sebagai pengajaran kepada perbuatan terkutuknya itu, jawatankuasa Surau At-Taqwa, Kampung Mulia bersepakat menangkapnya dan memandikan pencuri tersebut di tempat mandi jenazah pada Ahad lepas (13 Mei 2019).

 

Pihak surau tak berniat memalukan tapi nak beri pengajaran

Menerusi rakaman video yang viral di Facebook, lelaki terbabit dilihat telah diarahkan pihak surau untuk baringkan diri di atas tempat mandi jenazah, sebelum disirami air ala-ala sedang memandikan mayat. Hadoii.. sampai menangis member tu ha. 

Dalam pada itu, jawatankuasa surau berkata tindakan mereka jelas tidak berniat untuk malukan mana-mana pihak termasuklah lelaki terbabit, tetapi cuma hanya ingin beri pengajaran kepada pelaku.

Terdahulu, sudah beberapa kali kes pecah tabung surau dan curi beg tangan jemaah wanita ketika menunaikan solat berlaku. Jadi pihak surau ini berharap ia menjadi ingatan kepada individu lain supaya berhenti melakukan jenayah ini.

 

“Kejadian pecah tabung ini sudah lima kali berlaku sejak dua tahun lepas… suspek juga telah pecah tabung pada 10 Mei lalu” 

Menurut Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Ramle Ahmat, kejadian seperti ini sudah lima kali berlaku sebelum ni dan suspek juga telah cuba masuk serta pecah tabung pada 10 Mei lalu.

“Sebenarnya kejadian pecah tabung ini sudah lima kali berlaku di surau yang sama sejak dua tahun lepas. Suspek yang tertangkap pada hari ini juga telah cuba masuk dan pecah tabung pada 10 Mei lalu.

“Kami mendapat maklumat setelah melihat CCTV dan pada hari ini, berlaku lagi orang yang sama buat, dan berjaya ditangkap oleh orang kampung serta AJK surau,” katanya.

Kejadian yang terbaru ni pula katanya telah berlaku sekitar jam 9.15 pagi dan dimaklumkan oleh AJK lain 10 minit kemudian, sebelum perkara ini dilaporkan ke Balai Polis Ulu Tiram sekitar jam 11.20 pagi.

“Sebenarnya bukan setakat pecah tabung sahaja, ada juga kes curi beg tangan jemaah wanita yang sedang menunaikan solat pada tahun lalu dengan kerugian dianggarkan lebih kurang RM1,000 selain pecah masuk bilik imam,” kata Ramle.

 

“Niat tak menghalalkan cara bro, tengok dari segi pakaian sihat tubuh badan otak berfungsi dengan baik. Boleh cari kerja yang halal tak perlu mencuri” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang sokong habislah dengan tindakan ahli surau tu. Yelah kan, kalau bagi pengajaran biasa-biasa memang tak jalan pencuri ni.

Walau bagaimanapun, tak semua yang menyokong. Ada yang merasakan tindakan ni mcm mengaibkan lelaki terbabit. Ada banyak lagi cara lain untuk menghukum.

Duit Masjid
sumber: facebook

Apa-apapun min berharap pencuri tersebut bertaubatlah dari kesalahan yang dilakukannya. Sudahlah bulan puasa ni kan. Kumpullah pahala, bukan buat dosa! 

Baca: “Apa salah saya?” – Disangka Pencuri, Pemuda Dibelasah Gara-Gara Masuk Masjid Lewat

Pukul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.