Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin, Mia Khalifa Dipecat Playboy

Tambah ke Sumber Pilihan
Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin, Mia Khalifa Dipecat Playboy

Bekas bintang porno Mia Khalifa telah dipecat oleh syarikat majalah dewasa, Playboy selepas menyokong serangan ke atas Israel oleh kumpulan Hamas, yang disebutnya sebagai ‘pejuang kebebasan’.

Dalam e-mel yang ditujukan kepada komuniti pencipta (creators) Playboy, syarikat itu berkata mereka membuat keputusan untuk menamatkan segala hubungan dengan Mia Khalifa, termasuk memadamkan saluran Playboy Mia dalam platform pencipta mereka.

Cats 17Sumber: The Independent

Artikel berkaitan: Dari Mia Khalifa Ke Elon Musk, Ini 5 Selebriti Yang ‘Bersuara’ Tentang Konflik Palestin-Israel

Artikel berkaitan: Masjid Di Palestin Hasil Dana Rakyat Malaysia Musnah Dibedil Israel

“Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang positif, tetapi kami tidak bertoleransi dengan ucapan benci (hate speech).

Kami mengharapkan Mia faham bahawa kata-kata dan tindakannya tetap akan ada akibat,” tulisnya.

Menurut laporan Fox News, pelakon filem lucah itu memuat naik ciapan di X yang menyokong tindakan tentera Hamas itu sejurus mereka membedil Israel dan berkata sesiapa yang tidak menyokong Palestin adalah mereka yang menyokong aperteid.

Mia yang merupakan selebriti berdarah kacukan Amerika-Lebanon itu sebelum ini juga pernah dikecam dan diugut oleh ISIS kerana melakonkan aksi lucah sambil memakai hijab.

Setakat artikel ini ditulis, Mia masih lagi aktif di laman X miliknya dan memuat naik tanda sokongan yang tinggi terhadap Palestin.

Sumber: Fox News

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin, Mia Khalifa Dipecat Playboy
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tunjuk-sokongan-terhadap-palestin-mia-khalifa-dipecat-playboy/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM