Pendedahan kepada pornografi pada usia muda boleh menyebabkan keburukan kepada kesihatan mental, menjadikan seorang itu lebih seksis dan pelbagai lagi impak negatif yang lain.
Dalam laporan United Nations Children’s Fund (UNICEF), antara risiko lain apabila kanak-kanak menonton pornografi yang menggambarkan tindakan kasar dan misoginistik, mereka mungkin melihat tingkah laku seperti biasa dan boleh diterima.
Selain itu, kanak-kanak berusia 4-12 tahun mempunyai otak yang sedang berkembang dan mereka cenderung untuk meniru apa sahaja yang mereka lihat.
Baru-baru ini, seorang penceramah dan penulis keibubapaan berkongsi sebuah mesej yang diajukan kepadanya menerusi direct message.
Penceramah yang dikenali sebagai Adlil Rajiah itu berkongsi seorang ibu bapa ini menceritakan bagaimana anaknya yang berusia 5 tahun diajak ‘main jilat-jilat’ dengan kawannya yang berusia 4 tahun.
Ibu bapa yang sedang trauma itu juga berkata selepas menyiasat, kanak- kanak 4 tahun itu melakukan sedemikian kerana ingin meniru ‘aksi’ dalam video porno yang ditonton dalam telefon ibunya.
Dalam mesej yang sama, ibu bapa itu juga berkata anaknya itu tidak tahu perkara itu salah kerana tidak pernah diajar perbuatan tersebut, dia juga berkata dia amat kesal dengan pihak tadika kerana mengabaikan dan tidak memantau perbuatan anak-anak di situ.
Penceramah itu juga berkata, banyak lagi kes sebegini yang terjadi di dalam kalangan kanak-kanak tetapi dia tidak sanggup untuk berkongsi semuanya.
Pantau anak-anak anda ok?
Baca: Anak Baru Umur 9 Tahun Terima ‘Surat Cinta’ Buat Bapa Naik Darah!