in

“Video ni akan hantui saya sampai mati” – 1.5 juta Orang Sign Petisyen Buang 11 Video Porno Mia Khalifa Lepas Dia Menyesal

Collage

Baru-baru ini, bintang porno Mia Khalifa meluahkan yang dia menyesal dengan filem dewasa yang dia buat ketika dia berumur 21 tahun dulu, lapor Daily Star.

Pelakon yang kini berusia 27 tahun ini memberitahu tentang perasaannya terhadap 11 video yang dia buat selama tiga bulan sepanjang dia bergelar bintang porno pada tahun 2014.

Walaupun dah hampir enam tahun dia bersara dari industri porno, video-video ini telah menjadi antara carian yang popular di laman web dewasa seperti Pornhub.

Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mendapat ugutan bunuh dari ISIS, kerana mengenakan penampilan sebagai perempuan berhijab dalam salah satu videonya. Amboi, mana pulak ISIS ni tahu ya?

Menurut Mia, dia telah dipaksa untuk melakonkan watak sebagai wanita berhijab walaupun dia beragama kristian. Dia pun telah membuat rayuan agar video tersebut diturunkan namun tak berjaya.

Miakhalifa 644D19Aa0A37Eb2E9Dedb451A0A46018 1200X800 1

Menerusi TikTok, Mia memberitahu video-video yang dia buat enam tahun dulu dan masih popular sehingga hari ini telah memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Hari-hari saya diingatkan yang beratus juta orang hanya ingat saya ketika saya ditahap paling rendah dan toksik dalam kehidupan saya selama tiga bulan diusia 21 tahun.”

Dia turut memberitahu peminatnya yang dia tak nak gadis-gadis lain jadi seperti dirinya dan menyesal kemudian hari.

Kesemua 11 video yang saya buat ni akan hantui saya sampai saya mati. Saya tak nak gadis lain lalui perkara yang sama macam saya.”

Kerana luahannya ini, baru-baru peminatnya telah membuat petisyen berjudul “Justice for Mia Khalifa” meminta video-videonya dipadam dari laman web porno.

Setakat ini, petisyen tersebut telah menarik perhatian lebih 1.5 juta orang hanya dalam masa tiga hari.

Screenshot 2020 07 01 At 2.20.47 Pm

“Mia Khalifa yang kini berusia 27 tahun ini terjebak dalam industri porno selama tiga bulan pada tahun 2014 di usia 21 tahun. Dia hanya dibayar USD12k dari berjuta-juta keuntungan yang dikaut oleh Pornhub dan BangBros melalui video-videonya.

“Video dia memakai hijab telah menyebabkan dia menerima ugutan mati dari ISIS sehingga ke hari ini. Mia telah menjalani terapi kerana trauma, tekanan emosi dan sering dibuli selepas video-videonya keluar.

“Mia dan kumpulannya telah menawarkan sejumlah wang untuk pemilik video-video tersebut namun tak dilayan. Syarikat-syarikat besar tak memberikan Mia Khalifa peluang untuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana mereka mempunyai kewangan yang lebih banyak.

“Kami meminta agar video dia dipadam dan perkara ini dapat dibicarakan di mahkamah tanpa meminta Mia mengeluarkan wang yang banyak. Mia telah memberitahu tentang penyesalannya berhubung perkara ini beberapa kali.

“Sila tandatangan petisyen ini untuk bantu menyokong masa depan Mia.”

Kerana memperolehi sambutan yang besar terhadap petisyen ini, Mia mengatakan semua yang tandatangan petisyen ini akan dijemput ke majlis hari jadinya kelak.

 

Baca: Selalu Berpakaian Seksi dan Tunjuk “Aset”, Zizi Kirana Disamakan Dengan Pornstar Terkenal

Screenshot 2020 07 01 At 2.25.48 Pm

Sumber: change.org