in

“Mentua nak check lepas malam pertama” – Ramai Wanita Muslim Pergi Klinik Untuk ‘Pulihkan Dara’ Sebelum Kahwin

Pulih Dara

Jangan terkejut tapi ramai wanita di United Kingdom (UK) boleh jalani pembedahan untuk ‘pulih dara’ mereka. Menurut mStar, doktor-doktor British dilaporkan mendapat bayaran lumayan daripada pembedahan itu.

Industri rahsia ‘memulihkan dara’ dilaporkan sedang berkembang di negara itu dengan sekurang-kurangnya 22 klinik swasta menawarkan khidmat ‘hymenoplasty’ atau ‘pembaikan selaput dara’.

Rupa-rupanya di sana masih terdapat keluarga yang memegang kepada tradisi untuk bakal pengantin perempuan membuktikan mereka masih suci.

Klinik yang menawarkan khidmat ini mengenakan caj sehingga 3,000 pound (RM15,899) untuk menjalankan prosedur yang mengambil masa sehingga satu jam dan dilakukan di bawah anestetik tempatan.

Operation
gambar hiasan

Kebanyakan wanita yang menjalani pembedahan itu adalah mereka yang mahu membuktikan kepada bakal suami bahawa mereka masih dara. Malah, majoritinya adalah wanita Muslim memandangkan Islam melarang kita untuk melakukan seks luar nikah.

Pembedahan itu akan membina lapisan kulit dalam vagina yang terjejas selepas hubungan seks dan ianya sekali gus membuatkan mereka seperti masih mempunyai dara. Dengan itu, mereka akan berjaya ‘menipu’ bakal suami bahawa wanita yang dikahwini masih belum pecah dara.

Menurut laporan, seorang pelajar Arab Saudi yang tinggal di London telah menjalani pembedahan itu beberapa hari selepas ulang tahunnya ke-18. Dia dikatakan bakal bernikah dengan seorang lelaki tua yang dirancang oleh keluarga dan telah membelanjakan 1,500 pound (RM7,950) untuk menjalani prosedur ‘pemulihan dara’ tersebut.

Kata wanita itu, bakal ibu mentuanya dijangka mahu melihat kesan darah pada cadarnya selepas malam pertama bersama suaminya nanti.

Saya secara rahsia mempunyai teman lelaki dan kami bahagia bersama tetapi saya tahu ibu bapa saya tak akan biarkan saya berkahwin dengannya.”

Couple
gambar hiasan

Kerana takut dimarahi abangnya jika sudah tidak mempunyai dara, wanita itu menjalani pembedahan tersebut dan menurutnya prosedur tersebut berhasil kerana terdapat kesan darah selepas malam pertamanya.

Bukan itu saja, menurut Pengarah Klinik MAS Gynecology di London, Mohammad Masood kit ‘hymen buatan’ ini juga boleh diperolehi dalam talian. Kit itu mengandungi darah palsu dan pil pengetat yang perlu dimasukkan sebelum melakukan hubungan seks.

Hmmmm…harap tak sampai ke Malaysia prosedur ni…

Baca: “Ingat magic ke boleh hilang muncul balik” – Emma Maembong Dikecam Promote Produk ‘Kembalikan Dara’

Collage 3