“Ingat magic ke boleh hilang muncul balik” – Emma Maembong Dikecam Promote Produk ‘Kembalikan Dara’

Disebalik “keglamoran” dan kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti tanah air, tak dapat dinafikan, duit yang mereka dapat dari industri hiburan semata-mata memang tak banyak. Sebab tu korang tengok ramai selebriti yang buat bisnes sampingan tak pun buat paid review.

Semua orang sebenarnya sedar, kebanyakan produk yang dipromosikan oleh selebriti ni, dorang kadang-kadang tak pakai pun sebab dorang hanya dibayar untuk promote. Kadang-kadang tu sampai tak check pun barang yang dorang promote ni elok untuk kesihatan atau pun tidak.

Macam kes Emma Maembong ni. Baru-baru ni, Emma ada memuatnaik gambar satu produk di Instagram. Dikatakan, produk ini boleh membantu wanita yang ada “sejarah hitam” untuk dapatkan balik maruah yang pernah tergadai. Boleh pulak?

View this post on Instagram

Ok , I nak share dengan uolls sesiapa mengalami masalah dalaman mahupun luaran meh jom tengok Kak Lis Homemade Jamu ni punya ig . . Masing masing ada saja sejarah hitam kan, nama pun manusia kita ni ada buat kesilapan dan kesalahan . . Cuba text/ wassap Kak Lis , very open minded person, boleh dengar semua masalah uolls especially berkaitan seperti iklan di atas takde masalah , SHE WONT JUDGE UOLLS!! . . Jom follow and tekan kat bio dia akan bantu uolls jangan risau, segan tau tau tau!! . . @wanderingstar08 @wanderingstar08 @wanderingstar08 . . Cemburu Seorang Perempuan pun dia boleh atasi 🤣🤣🙈🙈🙈 . . Wassap +60123850848 . . . #kaklishomemadejamu #cemburuseorangperempuan #khamismalamjumaat

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Macam yang korang tahu, dara ni bukan bergantung pada darah semata-mata. Setiap perempuan, bentuk hymen dorang lain-lain, ada yang tebal ada yang nipis, ada yang boleh pecah dengan bersukan ada jugak yang sekali masuk tak pecah. So kenapa nak value perempuan dari hymen dorang? Dah nak masuk tahun 2020 dah kot!

Dia kan tak ada SPM…

Ekoran dari posting Emma ini, kebanyakan netizen menunjukkan rasa tak puas hati dengan apa yang Emma promosikan. For one, dara bukannya boleh ada tak ada bila-bila masa. Kedua pulak, entah apa yang produk ni buat untuk kasi berdarah dah sah-sah membahayakan kesihatan. Eee scarylah!

So apa yang admin boleh advise, janganlah mudah terpengaruh dengan produk yang dipromosikan oleh selebriti ni. Kalau boleh sebelum beli apa-apa, buat research dulu. Utamakan kesihatan dengan keselamatan korang, okay?

 

Baca: Emma Maembong Dah Putus Dengan Syed Abdullah & Kini Dengan Rapper Chindian?

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson