“Ada suara mengilai” – Netizen Meremang Tonton Video Klinik Dikatakan ‘Berhantu’

Perkara mistik ini boleh berlaku di mana sahaja, namun kita biasa lihat atau mendengar cerita orang di mana makhluk halus ini berada di bangunan lama atau tempat yang ditinggalkan.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang membuatkan ramai netizen sukar untuk tidur pada waktu malam.
Video berkenaan memaparkan staf dia sebuah klinik merakam kejadian aneh di mana kertas yang ditampal tiba-tiba jatuh seakan-akan ditarik, ada juga bunyi seperti suara wanita mengilai dalam video itu.
Artikel berkaitan: Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian
Artikel berkaitan: “Dia tarik I, tolak ke pintu” – Sarimah Kongsi Pengalaman Seram Diganggu ‘Orang Minyak’
“Ceritanya begini, setelah selesai tugas kami ingin pulang, kami nak closing klinik. Saya dan 2 orang kawan saya nak periksa semua bilik ditutup di klinik tersebut.
Kawan saya cuba mencari kunci tapi tidak jumpa. Saya cakap pergilah cari dalam bilik no 3. Dia kemudiannya masuk ke bilik itu, dia ada berkata rasa tidak sedap hati.
Dalam masa yang sama, lengan sebelah kanannya ditarik rentap dgn kuat depan mata saya, kawan saya terus lari kena saya,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, mereka semua terus keluar dari klinik itu dan memberitahu pengawal keselamatan berkenaan perkara itu.
Rata-rata netizen meremang ketika menonton video ini, malah ada juga yang berkongsi pengalaman mistik mereka yang hampir sama.

Weh seramnya!
Sumber: TikTok



