in

Menteri Pendidikan Dipuji Buat Spot Check

Spot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu-dulu kalau dapat tahu ada Pegawai Pendidikan nak datang jenguk sekolah, mesti kita acah behave dan cikgu pun ada-ada je suruh kita berlakon rajin sikit time tu, betul tak?



Tapi cikgu dan pelajar kat SK Simpang Renggam ni confirm tak sempat nak berlakon lepas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik tiba-tiba datang buat kejutan kat sekolah tu. Alamak!

36064708 10215500675563366 423789955014197248 N
sumber: facebook
35943562 10215500675763371 3307327158124281856 N
sumber: facebook
36063669 10215500675283359 7924866074514817024 N
sumber: facebook

Dalam satu perkongsian Ulya Husamudin di Facebook, ahli Parlimen Simpang Renggam tu dirakam menyelinap masuk dalam satu kelas yang ada cikgu sedang mengajar. Maszlee difahamkan nak buat sedikit spot check dan melihat keadaan sekolah tu.

Rakaman video berdurasi 22 saat itu menunjukkan Maszlee curi-curi masuk kelas guna pintu belakang. Belum sempat dia nak duduk di salah sebuah meja, guru yang sedang mengajar perasan kehadiran Maszlee dan mempersilakan Menteri Pendidikan tu duduk.

4722
sumber: facebook
1B25
sumber: facebook
36063898 10215500674883349 6098180873952165888 N
sumber: facebook

Lepas video spot check Maszlee tular di laman sosial, ramai yang memuji tindakan Maszlee dan merasakan ianya perlu dilakukan oleh semua menteri bagi mengetahui masalah sebenar yang berlaku di kawasan mereka.

Puji
sumber: facebook

Ada jugak yang membayangkan apa mungkin jadi kat dorang kalau kena terjah dengan Menteri Pendidikan waktu mengajar macam ni. Katanya dorang mungkin boleh menggigil dan pengsan sebab terkejut sangat. Uish dahsyat tu!

Terkejut
sumber: facebook

Fuh admin pun mesti terkejut kalau tiba-tiba Menteri Pendidikan datang duduk sebelah dalam kelas macam ni!

Tengok gelagat Menteri Pendidikan kita kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: “Dr Maszlee dikatakan wahabi liberal pulak…”

Sada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.