in

“Dr Maszlee dikatakan wahabi liberal pulak…”

Page Mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di media sosial penuh dengan perbincangan tentang Menteri Pendidikan Malaysia yang baru selepas diumumkan Dr Maszlee Malik dilantik untuk memegang jawatan tersebut.


Menurut Free Malaysia Today, berita ini tidak diterima baik oleh pengkritik dan aktivis hak asasi kerana bimbang dengan kecenderungan fahaman Salafinya serta kerana pernah berucap menyokong pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Ms
sumber: malaysiakini

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir mereka yang menggelar Dr Maszlee Malik sebagai “Wahabi liberal” yang turut didakwa sebagai aktivis IKRAM dan IDEAS.

Ko
sumber: twitter

Namun begitu, menurut Malaysiakini, Maszlee berkata dia hanya menyokong kebebasan bersuara dan bukannya ekstremisme Zakir Naik.

“Saya sokong (kebebasan bersuara Zakir) selagi tidak melalukan sebarang jenayah.”

“Dalam isu ini, saya tidak setuju dengan beberapa perkara dalam ceramah Zakir Naik, dan malangnya perkara ini tidak disebut oleh pihak yang membuat tuduhan terhadap saya, walaupun bahagian itu ada dalam kenyataan (media saya).”

Sejak itu, ramai yang menyatakan sokongan mereka kepada Dr Maszlee dan ingin beliau kekal sebagai Menteri Pendidikan sehingga membuat petisyen yang kini sudah mencapai lebih dari 155,000 nama.

Lp
sumber: twitter

Selain itu, ramai yang pelik dengan golongan yang memberikan pelbagai gelaran kepada beliau serta menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan serta meminta orang ramai memberinya peluang terlebih dahulu. Ada juga yang kecam golongan liberal seperti Siti Kasim yang juga menolak Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

Y3
sumber: twitter
Y1
sumber: twitter
Y2
sumber: twitter
Y4
sumber: twitter

Kita beri beliau peluang dulu ye.

Baca: PM Boleh Pegang Dua Jawatan, Tak Bercanggah Manifesto – Anwar

Page Sema 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.