in

Menjaga Patung Berhantu Seperti Anak Sendiri Menjadi Trend Masyarakat Thailand

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tahun lalu, Thailand mempunyai satu trend di mana penduduk di sana menjaga patung dan menganggap ianya sebagai anak mereka. Pemilik patung selalunya akan menyuap makan dan memakaikan pakaian kepada patung berhantu tersebut. Mereka percaya bahawa dengan berbuat sedemikian, patung itu akan membawa tuah seperti mendapat keberkatan, kekayaan dan juga cinta.


Patung ini semua dipanggil Look Thep, yang membawa maksud ‘Anak Tuhan’. Look Thep dimulakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Mama Ning, tiga tahun lalu. Ning mendapat inspirasi idea untuk mencipta patung-patung ini daripada kekecewaannya apabila anaknya menderhaka. Jadi, menurutnya dengan mempunyai anak patung tidak bernyawa mampu menjadi peneman terbaik untuknya.

Untitled 1 391

Look Thep ini juga boleh dipilih untuk mempunyai ‘jiwa’. Jika anda mahukan ‘jiwa’ di dalam patung tidak bernyawa ini, kilang yang menciptanya akan menjemput roh kanak-kanak untuk masuk ke dalam badan anak patung tersebut.

Anak patung ini mula meraih populariti selepas penyampai radio, Bookkoh Thannatchayapan berkongsi kisah menakjubkan mengenai anak patungnya yang dinamakan “Wansai”.

Doll

Melalui rancangan televisyen, Bookkoh berkata, “Kali pertama saya dapatkannya, saya bawanya keluar untuk membeli pakaian. Sebaik sahaja saya membayar pakaian yang dibeli, saya terima panggilan kerja yang pada mulanya telah dibatalkan!”

[sociallocker id=1666]

Selepas pengalaman pahit yang dilaluinya, Bookkoh meminta pada Wansai untuk mendapat kerja yang lebih besar dan berjanji untuk membelinya kalung emas sebagai balasan. Kemudian, Bookkoh terima penggilan untuk menghadiri ujibakat sebagai watak yang hebat di dalam sebuah filem.

“Saya rasa seolah-olah Wansai memang wujud,” kata Bookkoh. “Saya sayangkannya seperti anak saya sendiri.”

Menurut portal tempatan, harga patung-patung ini dianggarkan bermula daripada THB2,000 (RM235) dan boleh mencecah sehingga THB15,900 (RM1,870)!

Tengok lah patung-patung ni wehhh!

A2 4

A3 4

A4 3

A5 1

A6 1

[/sociallocker]

  A8

Mesti ada yang teringatkan si kecil yang popular ini kan? Hehehe

C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.