in

“Menitik air mata bila tang plot twist” – Netizen Terharu Lihat Filem Suatu Ketika, Bola Sepak Tahun 50-an Suntik Semangat Patriotik

Suatuketika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Menitik air mata bila tang plot twist" - Netizen Terharu Lihat Filem Suatu Ketika, Bola Sepak Tahun 50-an Suntik Semangat Patriotik
Loading
/

Percaya atau tidak, permainan bola sepak menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia kan? Dan kali terakhir juga kita menonton mengenai filem bola sepak ini ialah bila Ola Bola ditayangkan.


Tapi korang tahu tak, filem Suatu Ketika yang sedang ditayangkan di pawagam kini hangat diperkatakan netizen sebagai satu filem cukup rencah dan sangat meruntun perasaan! Waaah ni yang buat min excited ni! 

Posterdraftversion New Posters
sumber: facebook

 

“Suatu Ketika filem Malaysia berkualiti dihasilkan rakyat Malaysia yang berkualiti. Aku menangis dua kali…” 

Mungkin ramai yang tak dengar lagi tentang filem ni ataupun ia tak berapa hype di kalangan mereka yang kurang gemar menonton ‘filem Malaysia’. Pun begitu, Suatu Ketika ni dah mula trending di Twitter tau sebab kebanyakan yang tengok filem ni cakap ia antara karya yang berkualiti. 

Rata-rata netizen yang menontonnya beri komen yang positif dan ada yang mengaku sampai menangis lagi. Wah, wah ni yang buat admin pun makin teruja nak tengok!

Nangis 1
sumber: twitter

 

“You know it is a good movie when Namron in it!” 

Namron yang sentiasa terkenal dengan lakonan hebatnya tu juga antara sebab filem Suatu Ketika ni best! Bak kata netizen, kalau filem tu ada Namron… haa jangan ragu-ragu lagilah untuk korang pergi tonton. Sure terasa real setiap scene yang dilakonkan!

Nam
sumber: twitter

 

Sentuh hati penonton dengan semangat kesukanan tahun 50-an 

Filem yang berkonsepkan semangat kesukanan dan patriotik ini mengisahkan sepasukan bola sepak budak lelaki kampung yang melawan pasukan juara sekolah British dalam kejohanan kecil tempatan.

Berlatarkan tahun 1952 iaitu sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka, filem ini memfokuskan kehidupan budak-budak berumur 12 tahun dari pelbagai latar belakang untuk membentuk satu pasukan bola sepak supaya mereka ni dapat masuk JG Davidson iaitu satu kejohahan piala remaja tempatan.

Suatu Ketika 27
sumber: facebook
Suatu Ketika 17
sumber: facebook

Walaupun budak-budak ni tak ada pakaian seragam atau guna bola sepak sebenar, dorang ini hebat sebab ada semangat dan azam yang tinggi.

Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, rasa-rasanya berjaya tak dorang kalahkan sekolah British St James yang berlagak tu?

Suatu Ketika 7
sumber: facebook

Dibintangi pelakon hebat macam Namron, Pekin Ibrahim, Syafnida Suhaimi dan pelakon kanak-kanak yang talented, korang pasti akan terhibur dengan filem ni.

Nah tonton trailer filem ni dulu kat bawah: 

Filem ni dah mula ditayangkan pada 12 September haritu lagi tau. Bagi korang yang ada masa jomlah tonton di pawagam sementara ia masih ditayangkan! Untuk maklumat lanjut boleh je follow link Suatu Ketika kat sini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.