in

“Menggelupur pembangkang tengok”

Sapot Pkr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kehangatan Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung sekarang, peminat bola sepak tak kira lelaki dan perempuan pasti terpacak depan TV demi menonton pasukan kegemaran mereka beraksi di atas pandang.


Namun tidak mereka sangka dalam perlawanan Senegal vs Poland semalam, terselit bendera PKR Malaysia yang dilihat berkibar di bahagian depan tempat duduk stadium. Aikk biar betul?

Foto yang dikongsikan Nik Nazmi di Twitter ni mengundang pelbagai kemusykilan, antaranya siapa rakyat Malaysia yang gigih bawak bendera parti politik tu sampai ke Rusia?

Dggg 6Duyaeuk3
sumber: twitter

Gambar di atas ni jelas menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse yang mendongak ke langit apabila pasukannya berdepan dengan Poland semalam. Bendera PKR pulak dapat dilihat berada di belakangnya, yang mana ia diikat di pagar keluli stadium Spartak Moscow bersama bendera Malaysia di sebelah.

Gambar tersebut juga disusuli dengan foto lain di Facebook dari rakyat Malaysia di Rusia yang membawa bendera Malaysia dan PKR ke stadium tersebut semasa menyaksikan perlawanan bola sepak di negara pimpinan Putin ni.

35855871 1678022012247354 291056331488493568 O
sumber: facebook
35761480 1678021885580700 8044490534435160064 O
sumber: facebook
35671741 1678028012246754 4009855723235180544 N
sumber: facebook
35653562 1678028652246690 3170560680566718464 N
sumber: facebook
35634196 1678023055580583 1538197525805137920 O
sumber: facebook

Gambar yang tular ni telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata berbangga, namun ada jugak yang tak senang dengan tindakan penyokong Pakatan Harapan yang dikatakan melebih-lebih. Uhuhu bendera pun korang nak politikkan…

2 4
sumber: facebook
1 4
sumber: facebook

Papepun sebagai rakyat Malaysia, admin terhibur jugaklah bila nampak bendera yang kita familiar berkibar kat negara orang. Sekurang-kurangnya terubat rasa pilu Malaysia sampai sekarang tak dapat ke Piala Dunia.

Nanti pembangkang bawak bendera BN pulak eh ke Piala Dunia. Jangan jeles! 

Baca: BN Dikritik Tak #SapotLokal Sebab Tempah 80% Bahan Kempen Mengundi Dari China 

Sapot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.