in

BN Dikritik Tak #SapotLokal Sebab Tempah 80% Bahan Kempen Mengundi Dari China

Bn Strengthens Ties With China By Allegedly Ordering 80 Of Campaign Materials From Them World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah dekat-dekat musim mengundi ni, mesti kita akan nampak banyak bendera parti tergantung dan terpacak kat sana sini. Dan khabarnya banyak parti dah sediakan barang-barang untuk kempen mengundi ni sebelum musim mengundi lagi.


Menurut WORLD OF BUZZ, lebih kurang enam bulan lepas ada certain parti politik ni dah mula tempah barang-barang untuk berkempen sebelum Parlimen dibubarkan. Walaupun calon tak dinamakan lagi, barang-barang macam banner, t-shirt, payung, topi, beg, kipas dan badge ni dah ditempah.

Bn Strengthens Ties With China By Allegedly Ordering 80 Of Campaign Materials From Them World Of Buzz
sumber: malaysia chronicle

Barang berkempen tak #sapotlokal

Apa yang pelik, barang-barang ni bukan ditempah dari pencetak tempatan kita, tapi katanya diambil dari China. Whaaat?! Pencetak tempatan yang ditemu bual sebuah portal berita tempatan maklumkan hampir 80 peratus daripada barang kempen Barisan Nasional (BN) datang dari China.

Barang-barang untuk berkempen ni ditempah dari China sebab katanya bahan kat sana jauh lebih murah daripada kat negara kita ni. Adoooiii, kenapa tak #sapotlokal niiiiii?

“Walaupun mata wang dan bayaran perkapalan kita weak, lagi murah kalau dorang tempah barang kat China. Pencetak tempatan ni tak boleh nak beat harga kat sana sebab at least 50 peratus lagi murah daripada harga kita,” kata pencetak tempatan tu.

Tak boleh nak obvious lagi, nama syarikat yang cetak bendera ni ada terpampang kat bendera BN yang tergantung kat mana-mana tu. Dan nama syarikat tu pulak terletak kat China.

Bn Allegedly Ordered 80 Of Promotional Materials From China Due To Cheaper Prices World Of Buzz
sumber: facebook

Malaysia tabur duit bagi kat negara China

Sebabkan hal ni, ramai la yang tak puas hati kenapa dorang tak kasi business kat orang tempatan. Tapi sebaliknya dorang pergi tabur duit bagi kat negara China.

“Kenapa order kat China instead of tolong peniaga-peniaga kita yang terkapai-kapai nak maju?” kata pencetak tempatan tu lagi.

Bn Strengthens Ties With China By Allegedly Ordering 80 Of Campaign Materials From Them World Of Buzz 2
sumber: twitter
Bn Strengthens Ties With China By Allegedly Ordering 80 Of Campaign Materials From Them World Of Buzz 3
sumber: twitter

Parti Pembangkang tak buat tempahan besar

Kalau BN dah buat tempahan banyak-banyak sebelum pilihan raya lagi, Pakatan Harapan (PH) katanya tak berani nak buat tempahan besar macam BN sebab dorang dah kena banned guna logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan ROS hari tu.

Last-last katanya dorang akan guna logo Parti Keadilan Rakyat (PRK) untuk bertanding nanti.

Bn Strengthens Ties With China By Allegedly Ordering 80 Of Campaign Materials From Them World Of Buzz 4
sumber: blog

Sepatutnya event besar macam ni tempahlah dengan peniaga dan pencetak tempatan. #Sapotlokal lah sikit kan? Barulah untung dapat kat negara kita. Kalau kita tak support siapa lagi nak sokong peniaga kita. Ingat, belilah barangan buatan Malaysia.

Baca: [VIDEO] Lelaki Tular Lepas Dirakam Rosakkan Bendera BN Dan Maki Orang Awam

Bensd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.