in

“Kami hanya habiskan stok…” – Secangkir Cafe Secara Rasmi Ditutup, Keluarga Jelaskan Salah Faham Yang Berlaku

Secangkir Cafe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan menjelaskan salah faham yang berlaku susulan pengumuman mengenai operasi terakhir Secangkir Cafe pada hari ini.

Abang Allahyarhamah menerusi akaun @iqiekazama di Threads berkata, pihaknya hanya menjual stok makanan dan perkakasan pinggan mangkuk yang akan dilepaskan bagi mengelakkan pembaziran.


Katanya, terdapat salah faham dalam kalangan orang ramai berhubung penjualan peralatan kafe berkenaan termasuk mesin kopi, meja, kerusi dan ketuhar.

Jelasnya, keluarga hanya mahu menghabiskan stok makanan yang masih ada, memandangkan Allahyarhamah Sofiya telah menyelesaikan bayaran sewa premis sehingga September 2026.

791295924 18047515526660127 5441370480028337767 N

“Selain kek terhad dalam 90 potong sahaja tinggal, barang yang kami nak lepaskan adalah perkakasan pinggan mangkuk dan stok makanan sahaja.

Peralatan kopi, dapur meja keluli tahan karat, ketuhar dan lain-lain, semua kekal di sini untuk penyewa seterusnya, insya-Allah. Siapa penyewa seterusnya bergantung kepada pemilik tanah tersebut,” katanya.

Artikel berkaitan: “Nyawa & roh kafe sudah tiada” – Keluarga Akur Tutup Secangkir Cafe Buat Selamanya

Artikel berkaitan: Mangsa Nahas LPT1 ‘Owner’ Secangkir Cafe, Gambar Sekeluarga Sambut Merdeka Di Putrajaya Undang Sebak

Katanya lagi, urusan mengenai siapa yang bakal menjadi penyewa seterusnya bukan di bawah bidang kuasa keluarga, sebaliknya bergantung kepada pemilik tanah berkenaan.

“Jadi hari ini kami fokus menyelesaikan perjalanan Secangkir terakhir sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan keluarga dipermudahkan selain meminta pengunjung yang hadir supaya bersabar sementara urusan penghabisan stok dijalankan.

Malah, orang ramai yang sekadar mahu bergambar di premis itu turut dialu-alukan sebagai kenangan terakhir.

 

View on Threads

 

Hantaran berkenaan turut mengundang reaksi sebak netizen yang bersimpati dengan keluarga Allahyarhamah, lebih-lebih lagi selepas kisah pemilik Secangkir Cafe itu sebelum ini mendapat perhatian ramai susulan tragedi yang meragut nyawanya.

Difahamkan, Allahyarhamah mempunyai minat mendalam dalam pembuatan kek sebelum mengambil keputusan menceburi bidang perniagaan dan membuka Secangkir Cafe kira-kira dua tahun lalu.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.