Mengandungkan Isteri Orang, Lelaki 26 Tahun Kena Bayar Ganti Rugi RM30K

Tambah ke Sumber Pilihan
Mengandungkan Isteri Orang, Lelaki 26 Tahun Kena Bayar Ganti Rugi RM30K

Kalau terasa nak curang dengan suami atau isteri, fikir semula!

Seorang lelaki ‘termakan diri’ apabila diarahkan untuk membayar RM30,000 kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.


Artikel berkaitan: Batal Majlis Nikah Saat Akhir, Wanita Sedih Bakal Suami Curang Sebab Berat Badan

Artikel berkaitan: “Saya dah terima kifarah” –  Anggota Polis Kasari Tunang Sebab Kantoi Curang Akui Sudah Bertaubat

Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki yang baru berusia 26 tahun berasal dari Baling, Kedah itu didapati telah berzina dengan isteri orang yang berusia 32 tahun sehingga melahirkan seorang anak.

Pexels Timur Weber 8560358
Gambar Hiasan

Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.

Mahazan dalam penghakimannya berkata mahkamah amat memandang serius dalam perbuatan curang dan penzinaan yang menjadi punca keretakan rumah tangga.

Beliau menambah, nilai ganti rugi itu munasabah selepas mengambil kira perlakuan negatif dan lelaki berkenaan.

“Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga.

Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.

Sebagai info, dalam prosiding berkenaan, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri dari Amnach & Co. bertindak bagi pihak wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin dari Opat & Co. mewakili responden.

Janganlah berniat nak curang-curang guys…

Sumber: Utusan Malaysia

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Mengandungkan Isteri Orang, Lelaki 26 Tahun Kena Bayar Ganti Rugi RM30K
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mengandungkan-isteri-orang-lelaki-26-tahun-kena-bayar-ganti-rugi-rm30k/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM