in

“Mengalah bukan erti kalah” – [Video] Polis Ini Sanggup Melutut Merayu Minta Orang Kampung Jangan Bunuh Pekerja Lombong

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang, cara untuk membanteras kekerasan adalah membalas dengan kelembutan.


Seperti tindakan seorang polis dari Pinrang, Sulawesi Selatan, Iptu Akbar bila dia sanggup bersimpuh di tengah penduduk kampung yang membawa senjata tajam untuk berusuh menentang perlombongan haram di sana.

Ceritanya, penduduk kampung naik marah melihat pekerja-pekerja membuat perlombongan haram di kawasan mereka dan membuat keputusan untuk membuat rusuhan.

Situasi menjadi kecoh bila penduduk kampung mula memukul dan membelasah salah seorang pekerja lombong itu. Cerita Akbar kepada Kompas.com.

Kapolsek Berlutut
Sumber: surya – tribunnews. Com

Lelaki itu terjatuh dan nyaris dikelar oleh penduduk kampung dengan parang. Melihatkan suasana yang emosi itu, saya mula bersimpuh dan merayu agar mereka tak bunuh mangsa itu.”

Untungnya, tindakan Akbar ini berjaya menyelamatkan nyawa pekerja lombong itu kerana Akbar merupakan seorang pegawai polis yang disegani penduduk di sana kerana sifatnya yang ramah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pinrang, Nugraha Pamungkas, Akbar memang terkenal dengan peribadinya yang baik.

228F240B 70Da 4D7E 9D93 55C85Ba3B89B 169
Sumber: detik news

Iptu Akbar dikalangan polis dan penduduk memang dikenali sebagai polis yang mempunyai peribadi yang baik dan suka menolong orang.”

Aksi Akbar ini juga berjaya dirakamkan oleh salah seorang penduduk kampung dan tular di kalangan netizen yang rata-ratanya memuji tindakan berani pegawai polis ini.

Korang boleh tengok video dia kat bawah ni:

Screenshot 2019 11 13 At 3.19.06 Pm

Admin setuju dengan netizen semua, tindakan Akbar ni boleh menjadi contoh pada semua orang yang tak semua masalah perlu diselesaikan dengan kekasaran.

 

Baca: “Padan muka!” – Ibu Bapa 6 Budak Ampang Ditahan Polis Sebab Bagi Anak Bawa Basikal Lajak

Ibubapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.