in

“Padan muka!” – Ibu Bapa 6 Budak Ampang Ditahan Polis Sebab Bagi Anak Bawa Basikal Lajak

6 Ampang Parents Have Already Been Arrested For Allowing Their Kids To Ride Basikal Lajak World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, isu basikal lajak dah jadi isu besar dekat negara ni. Lagi-lagi lepas kes pemandu wanita yang dibebaskan lepas kemalangan yang membabitkan kematian 8 orang budak sekolah.


Untuk membendung isu ini, pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak-anak mereka untuk membawa basikal lajak akan didakwa atas kesalahan mengabaikan anak.

Chinapress3 1
Sumber: china press

Nampaknya, pihak polis memang betul-betul tak ambil ringan tentang isu ini. Mana taknya, baru-baru ini, enam kanak-kanak dan remaja telah ditahan kerana menunggang basikal lajak dan penjaga dorang juga turut ditahan kerana membenarkan budak-budak ni menunggang! Peh laju buat kerja.

Menurut The Star, enam kanak-kanak dan remaja yang berusia antara 11 dan 16 tahun ini telah ditahan semasa mereka menunggang basikal yang dah diubah suai di kawasan perumahan Ampang pada hari Ahad lepas jam 8.50 malam.

Chinapress1 2
Sumber: china press

Tanpa membuang masa, pihak polis turut menahan ibu bapa dan penjaga enam tahanan yang terlibat dalam perlumbaan haram basikal lajak ni di Balai Polis Pandan Indah.

Kanak-kanak ini telah disaman dan dibebaskan dalam jagaan penjaga sah mereka.”

Chinapress2 1
Sumber: china press

Basikal lajak yang mereka ubah suai itu pula telah disita dan ibu bapa ini juga telah dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas memberikan kenyataan.

Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat kes ini sebelum mereka serahkan kepada pihak pendakwa raya.

Hopefully tindakan polis ini sedikit sebanyak dapatlah membendung aktiviti merbahaya ni dari berleluasa. Kita pun nak drive malam-malam tak adalah cuak sangat takut terlanggar anak orang.

 

Baca: “Awak tanyalah malaikat maut” – Terima Keputusan Mahkamah, Ibu Mangsa Basikal Lajak Luah Rasa Terguris Dengan Kutukan Netizen

Screenshot 2019 11 12 At 2.41.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.