in

MENARIK! Anak Tempatan Perkenalkan Aplikasi Penghantaran Makanan Patuh Syariah

Aa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan pengguna sangat menitik beratkan soal proses penghasilan dan penghantaran makanan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan yang dipesan melalui dalam talian.


Bagi orang Islam, pemilihan makanan yang halal dan bersih sudah semestinya akan menjadi perhatian utama sejajar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama.

A 1 8

Dengan kepesatan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian pada hari ini, ramai orang Islam yang khuatir dengan kaedah penghantaran makanan yang mungkin bercampur dengan makanan yang tidak halal.

Oleh sebab itu, seorang anak tempatan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sebuah aplikasi penghantaran makanan patuh syariah yang dikenali sebagai FASTREXS yang mengkhususkan kepada servis penghantaran makanan halal.

A1 4

Penghantaran makanan dan barangan runcit di sekitar Langkawi

Perkhidmatan ini akan mula beroperasi di Langkawi terlebih dahulu dengan mengambil pesanan makanan halal di sekitar daerah tersebut.

Menurut pengurus projek, Rusmad Norhady Muhamad, antara kelainan yang diperkenalkan olehnya adalah mengambil pesanan makanan halal dan pesanan barangan runcit daripada peniaga tempatan. Ini juga merupakan inisiatif bagi menyokong para usahawan kecil dan sederhana (PKS).

 

A3 1

Apa yang menariknya lagi, FASTREXS juga memperkenalkan ‘Home Kitchen’ bagi membuka peluang kepada para suri rumah untuk memasarkan masakan mereka bagi menambah pendapatan keluarga.

Beliau berharap agar inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi sektor pelancongan dan meningkatkan kembali perniagaan PKS yang terjejas akibat COVID-19, lapor Astro Awani.

 

Baca: [VIDEO] Viral Rider Foodpanda Dimaki & Dipukul Seorang Lelaki Ketika Hantar Pesanan Di Pulau Pinang

A4 1

Sumber: Facebook
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.