“Menang dapat RM 2 juta ke?” – Tular Gambar Pergaduhan Di Padang Bola, Siap Bawa Kerambit!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Menang dapat RM 2 juta ke?” – Tular Gambar Pergaduhan Di Padang Bola, Siap Bawa Kerambit!

Kebelakangan ini, ramai yang memilih bola sepak sebagai aktiviti rekreasi, malah mereka juga sering mengadakan perlawanan persahabatan persis liga-liga besar di Malaysia.

Pun begitu, sejak semalam tular beberapa gambar berkenaan sukan itu di mana seorang pemain dalam satu pasukan bola sepak sosial didakwa membawa senjata iaitu kerambit ketika berada di atas padang.


Artikel berkaitan: Tular ‘Coach’ Bola Sepak Berkasar Dengan Penjaga Gol Perempuan, Ibu Bapa Tampil Bersuara

Artikel berkaitan: “Bola amatur je” – Netizen Seram Tengok Lelaki Kena ‘Tackle’ Sampai Kaki Patah Ketika Main Bola Sepak

Difahamkan, kejadian itu berlaku semalam (4 Ogos) di padang KLFA, Melawati, Kuala Lumpur dan melibatkan pasukan Farouk FT.

Melalui posting yang tular aplikasi X ketika ini, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 pagi semalam dan didapati pemain itu sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam tersebut apabila tercetus pergaduhan antara mereka.

Difahamkan setakat ini tiada kemalangan jiwa atau tragedi berdarah di padang dan pemain mengamuk itu berjaya ditenangkan oleh orang ramai.

Tindakan pemain bola sepak itu sudah pastinya menaikkan kemarahan netizen, ia kerana sukan yang sepatutnya menyatukan dan menyihatkan itu bertukar bahaya dengan adanya individu yang sebegitu.

Cats 2

Kenapa sampai macam tu sekali ya? 

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Menang dapat RM 2 juta ke?” – Tular Gambar Pergaduhan Di Padang Bola, Siap Bawa Kerambit!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/menang-dapat-rm-2-juta-ke-tular-gambar-pergaduhan-di-padang-bola-siap-bawa-kerambit/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM