Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang coach bola sepak yang dikatakan melatih penjaga gol perempuan dengan cara yang agak kasar.
Video yang dimuat naik oleh penyanyi dan aktivis Caprice di Instagram telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang tidak bersetuju melihat cara coach itu mengajar dan meninggikan suara.
Coach tarik penjaga gol ke tanah
Dalam video yang tular itu, penjaga gol tersebut telah diajar cara-cara untuk menahan bola daripada masuk ke gawang gol. Coach itu menjangkakan jika ada bola yang sampai ke arah gawang maka penjaga gol perlu menahan bola itu secepat mungkin.
Artikel berkaitan: “Tak payah jadi coach lah” – Jurulatih Badminton ‘Naik Angin’ Baling Kerusi Kepada Pemain
Artikel berkaitan: “Disappointing” – Isu Jurulatih Tampar Pemain Perempuan Jadi Tumpuan Coach Luar Negara
Dalam masa yang sama, badannya juga perlu menjadi lebih keras untuk menahan kesakitan kesan daripada bola yang disepak oleh pihak lawan. Berkali-kali juga coach tersebut menjerit kepada penjaga gol perempuan itu kerana tidak begitu kuat untuk menghalang bola.
Caprice bagaimanapun membandingkan latihan tersebut dengan salah satu kelab bola sepak terkenal dunia, Barcelona yang tidak dilatih seperti penjaga gol perempuan tersebut. Ramai netizen juga memberi kecaman setelah melihat video itu.
View this post on Instagram
Ibu bapa pertahankan coach?
Selain mendapat kecaman, beberapa orang ibu bapa tampil bersuara dan mempertahankan pelatih bola sepak itu yang mengajar anak mereka dengan cara sebegitu. Bagi mereka, cara itu lebih berkesan dan boleh meningkatkan keyakinan anak mereka dalam sukan tersebut.
Disebabkan bola sepak adalah sukan yang selalu dimainkan oleh kaum lelaki, jadi latihannya agak kasar untuk melatih mental lebih-lebih lagi jika memegang posisi penjaga gol.
Tengok cara coach tu memang tegas
Sumber: Instagram