in

Menakutkan! Dari Januari Hingga Jun, Sebanyak 1,721 Kes Rogol, Cabul & Inses Terhadap Kanak-kanak Dilaporkan

Collage 27

Semasa sidang parlimen semalam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM), Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan, sepanjang Januari hingga 30 June 2020, PDRM telah menerima sebanyak 1,721 laporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak!

Ini termasuklah 651 kes rogol, 106 kes sumbang mahram, 106 kes seks luar tabii, 344 kes cabul dan 514 kes di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.”

Rape 2 520X353 1

Pendedahan membimbangkan ini dibuat oleh Siti Zailah ketika menjawab soalan MP Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Sehubungan ini, Siti Zailah menegaskan yang KPWKM telah mengambil beberapa langkah serius untuk mencegah isu ini. Antaranya juga ialah membuat penyelidikan lanjut bagi menguatkan lagi sistem yang sedia ada.

Screenshot 2020 08 20 At 2.06.50 Pm

Selain itu, kementerian juga telah mengadakan program ‘Sahabat Bijak’ yang menumpukan kepada kempen keselamatan kanak-kanak di sekolah.

Tak cukup dengan itu, kementerian juga akan mempertimbangkan untuk menggubal Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dengan memperkenalkan hukuman yang lebih berat.

Dalam pendedahan yang sama, Siti Zailah turut memberitahu yang KPWKM juga sedang bekerja keras untuk membendung perkahwinan bawah umur dengan bekerjasama bersama parti yang memerintah di setiap negeri dan badan bukan kerajaan.

 

Baca: [Video] Menyayat Hati! Kanak-kanak Menjerit Panggil Mak Ayah Sebab Dipaksa Kahwin

Screenshot 2020 08 20 At 2.15.25 Pm