in

[Video] Menyayat Hati! Kanak-kanak Menjerit Panggil Mak Ayah Sebab Dipaksa Kahwin

Collage 14

Macam yang korang semua tahu, di India, perkahwinan kanak-kanak dah menjadi satu budaya di sana. Selalunya, ibu bapa kahwinkan anak perempuan dorang yang masih bawah umur ni kerana faktor kekangan wang.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan satu video yang diambil dari TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak berpakaian pengantin menjerit meminta pertolongan.

Dipercayai, kanak-kanak ini menjerit kerana tak rela di bawa pergi. Dekat dalam video ni jugak, korang boleh tengok pengantin lelaki juga ada duduk di sebelahnya dekat kerusi belakang. Kesian betul tengok cara dia menjerit tu. 🙁

Walaupun, kahwin paksa dan kahwin bawah umur ni biasa berlaku di India, tapi menurut VICE, sejak pandemik Covid-19, perkahwinan kanak-kanak makin menjadi-jadi di sana.

Jun lepas, seorang remaja berusia 16 tahun telah menelefon pihak berkuasa untuk membuat aduan tentang ibu bapanya yang memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 39 tahun.

Bila disiasat, rupanya ibu bapa gadis ini telah kehilangan kerja kerana pandemik. So, dorang dapat offer dari seorang lelaki untuk jadikan anak perempuannya isteri dengan segala kos perkahwinan ditanggung serta tak perlu bagi wang hantaran (di India, perempuan yang bagi hantaran pada lelaki).

A Child Age Wedding Tradition In Bihar Uneducated Society

Kes perkahwinan kanak-kanak yang semakin meningkat di India ini berlaku kerana ibu bapa merasakan yang dorang boleh jimat duit dan tak perlu berbelanja besar untuk kahwinkan anak perempuan dorang semasa pandemik.

UNICEF telah mendapat laporan, sejak 23 Mac, seramai lebih 400 kanak-kanak perempuan telah dipaksa untuk berkahwin.

Keluarga merasakan yang dorang boleh jimat dengan kahwinkan anak semasa lockdown, tapi dorang tak sedar yang anak-anak dorang ni akan sengsara dan selalunya, keganasan rumah tangga sering berlaku selepas berkahwin.”

Baca: Lebih 6000 Perkahwinan Kanak-kanak Berlaku di Malaysia!

Screenshot 2020 08 07 At 3.59.29 Pm