in

“Memorable sungguh!” – YDP Agong dan Raja Permaisuri Imbau Kenangan Manis Majlis Perkahwinan 33 Tahun Lalu

Lawanya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-16 pada 30 Julai ini, pihak Instagram House of Pahang ada mengimbau kembali kenangan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong semasa majlis perkahwinan mereka pada 33 tahun yang dulu.


Penuh cinta dan kebahagiaan, berikut kisah majlis perkahwinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan baginda permaisuri, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Image 4
sumber: kosmo

 

4 hari Pekan bermandi cahaya, sambut ikatan perkahwinan 

Pada 24 hingga 28 Julai 1988 yang lepas, Istiadat Persandingan Diraja antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah diadakan di Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan.

67135193 632790173872470 5256368946088509440 N

67128027 632790257205795 2616943141323800576 N

67220909 632790253872462 5175822125851738112 N 1
sumber: facebook

Jadi selama 4 hari, Pekan dikhabarkan bermandikan cahaya demi menyambut ikatan perkahwinan Seri Paduka Baginda berdua. Dalam pada itu, pelbagai acara yang telah dianjurkan untuk memeriahkan istiadat persandingan tu, seperti sukan rakyat, perarakan kereta berhias dan macam-macam lagi.

67401847 632790913872396 4589438126488813568 N 67153784 632790700539084 8151188654623031296 N

67080655 632790613872426 5471883283946012672 N

66475661 632790453872442 1698510882390147072 N
sumber: facebook

 

“Veteran Pahang pasti akan mengingati majlis gilang gemilang ini” 

Bagi yang tak tahu, perkahwinan diraja ini juga pernah di live telecast di TV dulu tau! Jadi perkahwinan artis yang live kat TV sekarang bukanlah yang pertama ye.

“Koi yakin, rodong-rodong veteran Pahang pasti akan mengingati majlis yang gilang gemilang ini, tambah-tambah lagi rodong-rodong Pekan. Suasana bandor Pekan yang hening dan tenteram menjadi riuh-rendah menyambut Perkahwinan Diraja ini.

“Kepada rodong-rodong veteran semua, kongsikan memori aokmer berkenan Perkahwinan Diraja ini. Almaklumlah, rodong-rodong muda semua ini tak berkesempatan merasai suasana Perkahwinan Diraja tersebut.”

67066966 632790507205770 4978198401251278848 N 67090230 632790590539095 1610198224411295744 N 67259566 632790193872468 6258846679848452096 N 67580315 632790347205786 6793389560660230144 N

67316146 632790313872456 5709873950167662592 N
sumber: facebook

Seronoknya kalau jadi orang Pahang zaman 80-an ye. Meriah sungguh perkahwinan diRaja mereka zaman dulu… 

Baca: “Relationship goals betul, Tuanku” – Netizen Tersengih Tengok Aksi Comel Spontan Raja Permaisuri Agong

Raja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.