“Relationship goals betul, Tuanku” – Netizen Tersengih Tengok Aksi Comel Spontan Raja Permaisuri Agong

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Raja Permaisuri Agong kita, memang sangat sinonim dan sering digelarkan berjiwa rakyat. Mana tidaknya, sebelum ni bagida pernah dengan selamba buka perencah masakan guna gigi. Sejak dari tu, semua mata memandang dan mengagumi aksi spontan dan bersahaja baginda.

Baru-baru ni, Raja Permaisuri Agong dan Yang di Pertuan Agong sendiri telah menghadiri Hari Bomba yang diadakan di Dataran Merdeka. Apa yang menarik perhatian netizen adalah tweet dari baginda bersama gambar yang buat semua tersengih. Cuba korang tengok sendiri tweet dekat bawah ni.

Relationship goal!

Buat mereka yang menonton secara live sambutan tersebut, pasti tak terlepas dengan adengan spontan pasangan Di Raja kita ini. Memang mencuit hati dan sangat comel. 

Admin pun terkesima dengan telatah baginda berdua. Sangat sweet dan loving. Memang betul jadi relationshop goal untuk semua rakyat marhaen. Kita yang tengok kemudian pun rasa happy, yang tengok live mesti tersengih-sengih je kan depan TV tu.

Begitulah juga admin. Harap apa yang patik sampaikan dan bicarakan ini tidak menyebabkan Tuanku bermuram durja. Ampun Tuaku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. 

Pulut bukan sebarang pulut. Pulut diRaja datangnya dari Pahang, untuk santapan rakyat semua. Memang rakyat semua sayanglah dekat Raja Permaisuri Agong kita yang baru ni. Moga Allah lanjutkan usia Tuanku berdua. 

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku berdua. Semoga senantiasa dibawah rahmat tuhan. Dirgahayu Tuaku.

 

Baca: “Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya” – Netizen Terhibur Dengan Tweet Humble Lucu Raja Permaisuri Agong

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.