in

“Memang perit dik” – Lelaki Terduduk Tengok Pusara Ibu & Kakak, Baru Dapat Tahu Lepas Dibebaskan 6 Bulan Penjara

Keluar Penjara Ibu Meninggal Dunia Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilu. Itulah yang dapat admin gambarkan perasaan dialami seorang lelaki ini apabila dia yang baru sahaja dibebaskan daripada tempoh enam bulan di penjara tiba-tiba mendapat tahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian kakak kepada lelaki terbabit di TikTok milik @heraalex86, video memaparkan adiknya menangis dan terduduk apabila mendapat tahu pusara yang berada di hadapannya itu adalah milik ibunya.


@heraalik86

#selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak 😭😭

♬ Ya Allah – Wali

Menurut kakak lelaki itu, sebaik saja adiknya dibebaskan, dia terus membawa lelaki itu ke pusara ibu mereka dan adiknya bagaikan tidak percaya hingga menangis sambil memegang batu nisan di kubur tersebut. Aduhai… 

 

Bukan saja ibu, kakak juga sudah meninggal dunia 10 hari lalu 

Lebih memilukan, bukan ibu mereka saja yang sudah meninggal dunia, si kakak membawa pula adiknya untuk ke kubur kakak mereka yang baru saja meninggal 10 hari lepas.

Lelaki itu dilihat tidak dapat berkata-kata lagi selain menangis kesedihan setelah mendapat tahu dua orang yang paling disayanginya sudah pergi meninggalkan dunia ini sewaktu dia berada di penjara.

@heraalik86

#kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik😢 maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara🙏 lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…😢

♬ –

Kita kena reda adik… Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak bagitahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP keadaan tak mengizinkan,” tulis pemilik video.

Kejadian ini dikatakan berlaku di tanah perkuburan dekat Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah.

 

“Patah hati TERBESAR seorang lelaki adalah kehilangan ibunya” 

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki terbabit dan keluarganya atas kehilangan ibu dan kakak.

Ramai yang terus memberi kata-kata semangat dan berharap lelaki tersebut tidak lagi mengulangi kesalahannya dan berubah menjadi insan yang baik.

Ibu Tiada Lepas Keluar Penjara

Takziah buat keluarga pemilik video ini. Semoga ia beri pengajaran yang baik buat kita semua.

Baca: “Kesiannya dia” – [VIDEO] 5 Tahun Kerja Keras Nak Halalkan Kekasih Tapi ‘Ending’ Buat Ramai Sedih

Kahwin Org Lain

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.