“Memang jujur habis” – Ini Analisis & Rating Skuad Kebangsaan Selepas Perlawanan Menentang Indonesia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kemenangan Skuad Bola Sepak Kebangsaan ke atas seteru utama, Indonesia memang cukup bermakna buat semua rakyat Malaysia. Kemenangan itu lebih bermakna apabila kita berjaya menewaskan tuan rumah di stadium keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno.

Berikut adalah analisis dan rating secara jujur yang diberikan oleh @sukanstar berdasarkan performance menentang Indonesia tempoh hari.

 

Farizal Marlias

Penjaga gawang merangkap kapten pasukan. Gol dari Indonesia bukan sebab salah dia.

Matthew Davies

Davies memang power dalam game haritu. Rajin turun naik. Tapi betul ke parking sampai Rm1k tu?

Shahrul Saad

Pelapis masa hadapan untuk skuad negara. Bagi dia peluang beraksi di pentas antarabangsa supaya banyak pengalaman.

Adam Nor Azlin

Yang ni favourite admin. Tapi game haritu macam serba teka kena. Mungkin boleh pertingkatkan lagi untuk next game.

Corbin Ong

Ada sekali tu dia hampir-hampir score gol. Kalau teknik dia mantap mungkin dah score dah.

Brendan Gan

Tak boleh disangkal lagi, Brendan Gan memang Man of The Match game haritu. Power betul.

Azam Azih

Linking yang baik antara defend and attack.

Syafiq Ahmad

Pemain yang score gol penyamaan dan merubah rentak permainan Malaysia.

Safawi Rasid

Mungkin game pressure yang buat Safawi macam tak perform sangat hari tu. Kalau tidak memang masuk dah freekick dia tu.

Hadin Azman

Tak dinafikan dia macam lost sikit game haritu. Tenggelam. Admin pun tak perasan. Tau-tau kena tukar dengan Sumareh.

Norshahrul Idlan Talaha

Umur bukan penghalang untuk perform. Memang dahsyat Mat Yo ni.

Muhammadou Sumareh

Pemain naturalisasi negara ni memang game changer. Masuk tak sampai seminit terus score. Power betul.

Akhyar Rashid

Memang taktikal kita untuk bawa masuk Akhyar dekat-dekat nak habis game. Masih banyak tenaga untuk mengucar-kacirkan pihak lawan. 

Syamer Kutty 

Syamer ni pun sikit lagi nak score haritu. Tapi bukan rezeki dia untuk score dekat stadium keramat Indonesia tu

Akram Mahinan

Sapa cakap pemain simpanan yang tak main tak boleh bagi impact kepada team? Ni contoh dia. 

Mungkin itu yang Akram cakap dekat Syafiq Ahmad. Aduhai yang buat analisis ni pun tak boleh blah gak. Berlagak YB mahu salam satu stadium.

Yang ni troll. Tapi korang nampak tak muka dia macam cikgu disiplin. Siap cekak pinggang lagi tu. 

Tahniah Malaysia atas kemenangan ke atas Indonesia. Harap boleh ulang kejayaan untuk game seterusnya nanti. Malaysia Boleh!

Baca: “Saya berjanji akan menuntut keadilan” – Bro Saddiq Kongsikan Pengalaman Diserang Penyokong Indonesia

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.