in

Memalukan! ‘Host’ Airbnb Dari UK Beri Komen Tentang Gelagat Tetamu Dari Malaysia

Bg 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Sudah pasti setiap orang mesti pernah pergi bercuti tidak kira di dalam mahupun di luar negara.

Namun, adakah kita sebagai rakyat malaysia membawa adab yang sepatutnya apabila kita melawat negara luar?

3 9
gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang tuan rumah Airbnb telah menulis artikel menceritakan pengalamannya bersama lebih 500 tetamu antarabangsa beserta menggambarkan gelagat dan sikap pelanggannya yang datang dari Germany, China, Australia, Nigeria dan juga Malaysia.

Sudah pasti setiap tuan rumah mesti sedikit sebanyak mempunyai pengalaman positif dan juga negatif terhadap pelanggannya. Namun, setelah bertahun-tahun membuat servis tersebut, apa yang dia boleh gambarkan tentang rakyat Malaysia adalah mereka sangat kedekut.

2 15 E1499744074975
gambar hiasan

Dia menceritakan pada tahun lepas, terdapat dua orang wanita dari Malaysia telah menempah satu bilik tetapi yang datang lima orang pula.

Walaupun dia telah menegur tetamu itu mengatakan bilik yang ditempah cuma ada 2 katil sahaja, mereka mendesak mengatakan mereka mempunyai beg tidur dan akan menginap di sana untuk satu malam sahaja. 

Akhirnya, tuan rumah itu mengalah sahaja dan membiarkan mereka berlima menyempit di dalam bilik tersebut kerana ingin berjimat.

4 13
gambar hiasan

Namun, dia tidak mahu melabel semua orang Malaysia mempunyai sifat yang sama cuma kerana sekumpulan pelanggan sahaja. Tuan rumah itu menyangka mungkin kejadian tersebut akan berlaku sekali sahaja. Walau bagaimanapun, dia terus berkata,

Tuan rumah Airbnb lain dari seluruh dunia pun memberitahu saya ini perkara biasa, helah dari orang-orang yang berasal dari ceruk (Malaysia) itu.”

Artikel tersebut terus menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi dikalangan orang Malaysia. Netizen memberi pandangan tentang isu ini di media sosial dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Seorang tuan rumah Airbnb juga meluahkan perasaan tidak puas hatinya dan bersetuju rakyat Malaysia memang sering berbohong hanya untuk berjimat duit.

2 5
sumber : facebook

Ramai juga berasa malu akan tindakan sesetengah rakyat tempatan itu kerana telah memberikan reputasi buruk terhadap orang Malaysia di mata negara lain.

4 5
sumber : facebook

Faham nak berjimat, tapi jangan sampai malukan nama Malaysia woi!

Baca : Wanita Kongsi Percutian Ke Perth Selama 5 Hari 4 Malam Dengan RM845 Sahaja!

1 20 E1499743669951

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.