in

“Melampau!” – Kucing Terkenal di TikTok Yogi, Mati Diracun Di Desa Pandan

Kucing Diracun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni dah banyak kes melibatkan haiwan peliharaan hilang dan mati diracun oleh individu tak bertanggungjawab.



Menurut Berita Harian, seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama 4 kucing terbiar ditemui mati dipercayai diracun di Desa Pandan, Jumaat lalu.

Yogi 2

Kematian kucing dikenali sebagai Yogi yang mempunyai kira-kira 31.2 ribu pengikut di laman TikTok, telah dikongsi oleh pemiliknya, Al-Farrah Sherrina Zulkifle yang menunjukkan haiwan kesayangannya itu bersama seekor kucing berwarna oren ditemui kaku di hadapan sebuah rumah.

Al-Farrah berkata yang dia sebenarnya tidak menyangka kucing kesayangannya itu menjadi mangsa selepas beberapa ekor kucing lain turut diracun sejak beberapa minggu lalu. Dia turut menambah yang dia hanya tahu Yogi diracun selepas pintu rumah diketuk jiran sekitar jam 8 pagi.

“Mereka beritahu Yogi diracun dan ditemui kaku di tingkat bawah bangunan” – Al-Farrah

Pemilik kucing ini turut memberitahu yang dia tak dapat menahan kesedihan apabila melihat Yogi yang sudah tak bernyawa serta tak sangka akan kehilangan Yogi dengan cara yang sangat kejam. Dia menambah yang Yogi adalah kucing yang mesra dengan semua penduduk di flat itu.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata pihaknya kesal kerana orang ramai sanggup menzalimi haiwan serta mengingatkan agar pemilik haiwan memainkan tanggungjawab untuk memastikan persekitaran selesa untuk semua pihak.

Beliau turut menambah yang pemilik khususnya mereka yang menyelamatkan haiwan terbiar sedar akan tanggungjawab besar sekiranya berlaku penganiayaan kerana mereka boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan yang boleh membawa hukuman maksimum RM100,000 serta maksimum 3 tahun penjara.

Harapnya pelaku yang bunuh haiwan ni akan segera ditangkap!

Baca: “Cari sampai dapat si pelaku!!” – 11 Ekor Kucing Mati Didakwa Diracun Individu Tak Bertanggungjawab

Bawah Kucing

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.