in

“Cari sampai dapat si pelaku!!” – 11 Ekor Kucing Mati Didakwa Diracun Individu Tak bertanggungjawab

Kucing 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita ini bukan sahaja berita buruk untuk semua orang malah akan menjadi mimpi ngeri kepada pencinta haiwan lagi-lagi yang mempunyai haiwan peliharaan contohnya kucing dan anjing.


Menurut perkongsian akaun Facebook rasmi Persatuan Haiwan Malaysia, dilaporkan sebanyak 11 ekor kucing telah mati bergelimpangan di Apartment Seri Lily Bukit Beruntung, Rawang Selangor  dipercayai diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Haiwan

Kalau tak suka kucing pun jangan lah sampai nak racun!!

Tindakan ini boleh dikategorikan sebagai tindakan yang zalim terhadap binatang. Walaupun pembunuhan kucing begini alasannya menganggu ketenteraman awam ianya bertentangan dan bersalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak.

Kucing

Malah, hukuman boleh dikenakan kepada si pelaku dengan penjara minimum 1 tahun dan maksimum 3 tahun serta denda minimum RM20,000  dan maksimum RM100,000.

Kucingg 2

Pihak persatuan amat mengharapkan saksi yang mengetahui soal kejadian untuk menghubungi mereka untuk memberi keterangan lanjut untuk membela keadilan dan nasib kucing malang ini.

Eh, takde perasaan ke sape yang buat ni!

Baca : “Apa kata kau makan je sardin tu” – Wanita Ini Dikecam Cuba ‘Ajar’ Bunuh Anjing

Racun

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.