Baru-baru ini, negara jiran kita dikejutkan dengan berita seorang guru yang ditikam oleh anak muridnya gara-gara merokok.
Menurut Sosok, seorang gura agama kristian di SMK Ichtus Manado, Indonesia telah ditikam bertubi-tubi hingga mati oleh anak muridnya sendiri.
Ceritanya, pada 21 Oktober lalu, tertuduh dan rakannya telah datang lewat ke sekolah kerana malam sebelumnya mereka mabuk dan sukar bangun pagi.
Kerana terlambat, dua pelajar ini dikenakan denda menanam pokok bunga di sekolah. Selesai menjalani hukuman, tertuduh dan rakannya merokok di halaman sekolah sebelum seorang guru disiplin, Alexander Pangkey melihat dan menegur perbuatan mereka.
Ekoran dari perbuatannya ini, seorang guru lain telah meminta tertuduh untuk meninggalkan kawasan sekolah dan pulang ke rumah.
Namun tak terhenti di situ, tertuduh datang semula ke sekolah dengan membawa pisau dapur yang diambil dari rumahnya.
Sesampai di sekolah, tertuduh yang melihat Alexander di atas motor untuk pulang ke rumah ini mula mengejar guru tersebut dan menikamnya sebanyak 9 kali.
Semasa ditikam, Alexander sempat merayu menyuruh tertuduh berhenti namun tak diendahkan. Selepas melihat gurunya berlumuran darah barulah pelajar ini berhenti dan melarikan diri.
Alexander kemudiannya dibawa ke hospital oleh guru dan staf sekolah. Akibat ditikam berkali-kali, mangsa mengalami kecederaan parah dan akhirnya meninggal dunia selepas menerima rawatan intensif selama 10 jam.
Kalau korang nak tahu, video Alexander ditikam ini telah berjaya dirakam oleh salah seorang pelajar di sana dan tular di media sosial. Dalam video ni korang boleh tengok macam mana tertuduh menikam gurunya yang memakai jaket merah beberapa kali.
Empat jam selepas kejadian itu berlaku, pelajar tersebut telah pun menyerah diri kepada pihak polis sambil ditemani ibu bapanya. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Baca: “Ada kat dalam tapi tak cukup” – Wanita Tikam BF Sebab Bengang Burung Tak Keras Masa ‘Bersama’