Seorang gelandangan lelaki dari Thailand telah ditahan pihak polis selepas bertindak menyerang seorang wanita warga Vietnam menggunakan pisau ‘cutter’ dan mengaku dia bertindak sedemikian kerana tidak menyukai orang yang berbadan gemuk.
Menurut sumber, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian di Soi Silom 5, Bangkok selepas menerima panggilan berhubung dengan serangan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.
Artikel berkaitan: “Wira yang terkorban” – Amin Abdullah, Pengawal Keselamatan Yang Lindungi Ratusan Kanak-kanak Dalam Serangan Masjid San Diego
Artikel berkaitan: “Turun mendadak pun boleh kena serangan jantung ya” – Netizen Mula Bimbang Tengok Keadaan Isteri Prince Syed
Suspek yng berusia 30 tahun itu telah menyerang mangsa yang dikenali sebagai Nguyen Thi Ngoc Tram sebelum melarikan diri. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menerima 14 jahitan akibat kecederaan di bahagian lengan.

Pihak polis berjaya memberkas suspek setelah menjalankan siasatan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Hasil siasatan mendapati bahawa, suspek yang beratnya lebih 100 kilogram itu mengakui bahawa tujuan dia menyerang mangsa kerana rasa benci terhadap individu berbadan gempal.

Pihak berkuasa kini sedang melengkapkan siasatan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai masalah mental atau ada rekod jenayah lampau serta menyiasat motif sebenar serangan itu.
Sumber : Sinar Harian
