in

“Mcm main police entry” – Aksi Pemandu Myvi Dikejar Polis Ini Buat Netizen Garu Kepala

Dc2771C9 C8Dd 4223 978B 6B6Da8Bc2C63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali kita nampak polis buat roadblock dekat jalan mesti kita rasa gementar sikit kan? At least itu lah yang majoriti orang rasa.


Lain pulak dengan satu video yang admin nak share kali ni. Menerusi akaun Twitter @tsgxy_ dia ada berkongsi satu video kejar mengejar antara sebuah Myvi dan kereta polis. Yang menarik perhatian netizen ialah kejadian kejar mengejar itu jadi dekat satu traffic light dan mereka berpusing-pusing kat situ. Cuba korang tengok video kat bawah ni.

 

Dia ingat main polis entry ke?

Aksi yang pelik dan jarang-jarang berlaku itu mendapat perhatian netizen. Ada yang pelik, ada yang kecam dan tak kurang juga yang kagum dan edit video tersebut dengan pelbagai lagu lain antaranya Initial D, Gerak Khas, dan juga lagu kanak-kanak Didi & Friends.

Dfd3Bb95 2D50 4544 8632 E55641D8F3DdAdmin tengok video tu pun teringat zaman sekolah rendah time main rebut tiang, main kejar-kejar. Adoi mengimbau memori betul perangai Myvi ni.

044Ba344 67Fa 4F00 Bc15 730E7Ecc13DeMemang kena troll lah weh, ingatkan sekali je pusing, rupanya berkali-kali. Mesti abang polis dalam kereta tu dah panas hati kan. Tak pasal-pasal kena troll dengan Myvi.

67Ba49D5 B97E 460F Bdf9 464687C519EcHmm, tak semestinya kena tembak terus. Polis pun ada SOP sebelum lepaskan tembakan. Tapi jangan lah main-main macam tu. Karang kena tangkap tak pasal-pasal kena tidur dalam lokap.

 

Baca: “Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun engko nakal ye” – Kereta Ala Myvi Jalan Laju Masa Polis Tersadai

Screen Shot 2020 02 08 At 12.13.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.