in

MAUT! Kemalangan Bas Ragut Nyawa Pelajar

02Bas1 1535856429 E1535878093725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini Malaysia digemparkan dengan berita tentang kemalangan bas yang meragut dua nyawa iaitu pemandu bas Ekspres Mohamad Azizul Che Aziz, 31 dan seorang penumpang dan juga penuntut universiti awam Munirah Jalaludin, 20.


Hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Lumut dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan kira-kira jam 5 pagi tadi.

Basekspresskemalangan
Sumber: mstar

Mati ditempat kejadian

Pemandu bas dan seorang penumpang mati ditempat kejadian akibat daripada kemalangan tersebut dan beberapa penumpang lain mengalami kecederaan.

Penumpang yang maut itu merupakan penuntut UiTM Seri Iskandar yang dikatakan ingin pulang ke universiti sempena sesi semester baru. Mangsa menuntut jurusan diploma hartanah dan sudah berada di tahun ketiga. pengajiannya.

Batu Gajah Asdsadsa 1535865057
Sumber: Berita Harian

Seramai 14 penumpang mengalami cedera ringan dan luka kecil serta empat lagi penumpang mengalami cedera ringan. Manakala dua penumpang patah tangan dan luka berjahit di bahagian mulut dan mata.

Diharapkan semoga kesemua mangsa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Baca: Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.