Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebab tu lah dah berkali-kali orang kata, penyakit depresi ni jangan dibuat main! Semalam, seorang guru wanita dipercayai alami kemurungan dan tekanan dah ditemui mati lepas jatuh daripada tingkat 5 sebuah shopping mall di Ipoh, lapor Berita Harian.

Orang ramai dikatakan telah menjumpai mangsa, Liew Kit Mooi, 36, terbaring tak bernyawa dekat kawasan pusat beli belah tersebut sekitar jam 3.50 petang. Susulan tu, pihak polis kemudian dihubungi orang awam untuk menyiasat insiden tersebut.

Sumber: Blog

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, hasil siasatan awal menunjukkan tak ada unsur jenayah yang berlaku di lokasi kejadian dan ada jugak saksi yang didakwa melihat wanita tu terjun dari tingkat 5 bangunan berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik,” katanya.

Sumber: Blog

Malah saksi kejadian yang jugak seorang pengawal keselamatan berkata, dia nampak wanita tu di tingkat 5 bangunan dan tegur mangsa supaya jangan berlegar di kawasan tu tapi tup-tup wanita tersebut terus terjun pulak. Adoi! 

Pada ketika tu, suami mangsa yang jugak ada di tempat kejadian mengesahkan kepada polis yang mendiang ni mengajar di sebuah sekolah kat Pasir Puteh dan memang ada sejarah alami depresi. Lebih menyedihkan, mangsa mempunyai 2 orang anak dan baru mendapatkan rawatan kat hospital pada minggu lalu dan hari ni lepas hantar anaknya ke kelas tuisyen.

Sumber: Blog

Macam manapun, suami mangsa tak salahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku dan percaya tekanan serta bebanan kerja yang teruk menyebabkan mangsa alami kemurungan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat hari ni.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ni… Takziah. 

Baca: Lelaki Bunuh Diri Depan Kaabah, Ini Renungan Untuk Kita…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!