Menteri Pertahanan kesayangan kita ni tak pernah sekalipun mengecewakan peminatnya! Kalau sebelum ni Mat Sabu terkenal dengan sikap merendah diri ketika jalankan tugas, kali ni beliau nampak bergaya pulak lepas berpeluang naik jet pejuang. Fuh tudiaa Mat Sabu!
Menerusi perkongsian Twitter rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beberapa gambar Mat Sabu dilihat menaiki Sukhoi Su30-MKM (M52-14) yang ada tulisan khas “Abg Mat” di tepi kokpit. Amboi!
Ini merupakan pengalaman pertama, Mat Sabu selepas jadi Menteri Pertahanan untuk menaiki jet pejuang TUDM dan menteri kesayangan kita ni nampak selesa dan gembira dengan penerbangan tersebut.
“Syabas YB Mat Sabu untuk penerbangan pertama dengan pesawat pejuang TUDM petang tadi,” tweet TUDM.
Macam pilot yang lain, sebelum menaiki jet pejuang, Abang Mat kita perlulah melalui medical check up terlebih dahulu untuk dapat lampu hijau terbang ke awan. Steadyyy Abang Mat! Jaga kesihatan selalu ye.
Momen-momen Mat Sabu menaiki jet pejuang yang dikongsikan di Twitter ni dapat perhatian daripada netizen yang kagum dengan keberanian Menteri Pertahanan ini. Ramai jugak bersetuju inilah imej yang perlu dibawa seorang Menteri Pertahanan daripada menteri lain yang asyik-asyik hadiri jamuan dan makan-makan.
Sapa lagi hensem? Haaa baik korang cakap Bang Mat!
Baca: Selamber Je Mat Sabu Breakfast Mamak Sebelum Pergi Istana