in

Selamber Je Mat Sabu Breakfast Mamak Sebelum Pergi Istana

Steady Mat Sabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua tahu, pagi tadi dah berlangsung majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan yang diadakan di Istana Negara. Semua menteri Kabinet diwajibkan hadir ke majlis ni dan seperti biasa Menteri Pertahanan, Mat Sabu pun mestilah join sama kan.


Macam manapun, sebelum nak ke Istana Negara, Mat Sabu bersama isteri, Normah Alwi dan barisan escort sempat minum teh tarik dulu di restoran mamak di Shah Alam, lapor Sinar Harian. Waaa Abang Mat pun breakfast kedai mamak je. 

Dhehctjvmaaaj3T
sumber: twitter
Dhehemdvaaejtzl
sumber: twitter

Foto yang jugak dikongsikan kat laman Twitter menunjukkan Mat Sabu sedang menikmati makan pagi di Restoran Khulafa Seksyen 20, Shah Alam ni telah dapat 1,600 likes dan 673 shares hingga setakat ini.

“Dalam perjalanan ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah rakan-rakan menteri Kabinet. Saya singgah minum di Restoran Khulafa Seksyen 19, Shah Alam… kegemaran saya teh C ‘O’” tulisnya.

Dhehgb Vmaixhlr
sumber: twitter
Dhehh8Yvmaapp5A
sumber: twitter

Posting yang dimuat naik pada jam 9.44 pagi tu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap Mat Sabu dengan relax lepak mamak sebelum pergi ke acara mengangkat sumpah di Istana Negara. Steadyyy Mat Sabu!

Humble Sabu
sumber: twitter

Walau bagaimanapun post tu jugak mendapat teguran daripada netizen yang bertanya kenapa Mat Sabu minum guna tangan kiri. Erkk yang tu pulak yang korang tengok eh? 

Makan Kiri
sumber: twitter

Papepun admin yakin rakyat suka benar dengan sikap selamba dan sangat merendah diri Mat Sabu sudah terbiasa bercampur gaul dengan masyarakat setempat. Dengan cara ni, dapatlah Mat Sabu memahami kesusahan dan keperitan rakyat daripada bawah.

Jom breakfast kat mamak Khulafa lah lepas ni sebelum pergi kerja. 

Baca: “Alhamdulillah jarang-jarang menteri beri khutbah” 

Ms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.