in

“Masyaallah, kurniaan istimewa” – [Video] Suara Merdu ‘Adik Istimewa’ Cover Lagu Aku Bidadari Syurgamu Buat Tokti Terpukau

Pelajar4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Real bidadari syurga, komen netizen apabila menyaksikan adik Suhaila menyanyikan semula lagu yang didendangkan oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Tokti) yang tengah in sekarang, iaitu Aku Bidadari Syurgamu berikutan dengan ‘demam’ drama 7 Hari Mencintaiku 2.


 

MasyaAllah..kurniaan istimewa – Tokti”

Ianya mula mendapat tumpuan netizen apabila Tokti ada kongsikan satu tweet semalam apabila dia nak repost video warganet yang ada buat cover lagu nyanyiannya.

Selain video viral lawak pasal dress kuning tu, ada lagi satu video yang memukau hati netizen termasuklah Tokti sendiri sehinggakan meraih hampir 6,000 retweets dalam masa 18 jam ia dimuatnaik.

Tokti sendiri ada retweet dan terpukau apabila mendengar suara adik ni. Untuk pengetahuan adik Suhaila ini merupakan seorang yang ‘isitmewa’ yang cacat penglihatan.

Difahamkan bahawa ketika ini SMK Pendidikan Khas Setapak ada buat satu pertandingan menyanyi dan waktu giliran adik Suhaila buat persembahan, ia dirakam oleh cikgunya dan dimuatnaik ke saluran YouTube miliknya sebelum dikongsikan diruangan komen tweet Tokti di Twitter dan viral.

Bukan sahaja Tokti, netizen juga turut terpukau malah ada juga yang sebak apabila mendengar kemerduan suara adik Suhaila ini.

 

Awak betul-betul bidadari syurga adik – Netizen

Bidadari Bidadari2

Dalam banyak-banyak yang Tokti RT, ini yang lebih memukau netizen termasuk admin sebab jelas kat sini, bukan semua manusia sempurna dan dalam kekurangan seseorang, ada kelebihan dia yang kita tak nampak macam adik Suhaila ni.

Min repeat banyak kali dengar version adik ni. Jom layan video penuh.

 

Baca : “Patut dress kuning saya hilang” – Tok Ti Terhibur Tengok Parodi Bidadari Syurgamu, 7 Hari Mencintaiku 2

Dresskuning

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.