in

“Tukar persepsi tu…” – Sedih Tak Dapat Ucapan Birthday Dari Ibu Bapa, Gadis Ini Dapat ‘Wish’ Dari Siti Nurhaliza!

Syaz Ft 2026 07 02T105409.020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran, pastinya kita mengharapkan ucapan dan ingatan daripada insan-insan yang paling dekat dalam hidup kita, terutamanya ibu dan ayah. Namun, tidak semua orang bertuah untuk melalui momen indah itu sehingga ada yang memendam rasa hiba dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak dihargai.

Baru-baru ini, tular satu luahan pilu daripada seorang gadis di platform media sosial Threads yang berkongsi rasa sedihnya apabila hari lahirnya berlalu tanpa sebarang panggilan atau ucapan daripada orang tuanya.


Artikel berkaitan: Peminat Sanggup ‘Battle’ Simpan Duit Beli Tiket Konsert Tradisional, Siti Nurhaliza Akui Hampir Menitis Air Mata!

Artikel berkaitan: “TokTi battle sendiri ke guna PS?” – Dapat ‘Slot’ Rembayung, Pengurus Siti Nurhaliza Jawab Persoalan Netizen

“Mungkin diorang lupa, atau memang aku tak penting…”

Melalui perkongsian yang menyayat hati itu, gadis berkenaan meluahkan rasa terkilan kerana saban tahun terpaksa berhadapan dengan situasi yang sama. Lebih mengguris perasaan, dia menyedari perkara tersebut sehari selepas tarikh ulang tahunnya berlalu.

Cats 2

“Semalam birthday aku. Hari ini baru sedar aku tak penting. Satu call dari ibu & ayah aku tak terima semalam. Mungkin diorang lupa, atau memang aku tak penting, setiap tahun macam ni.

Kalau birthday orang laju je aku ini ingat & bagi hadiah. Sedih la jugak tapi tak apa, tak valid pun perasaan ni,” luahnya.

Hantaran tersebut dengan cepat mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dan cuba memberikan kata-kata semangat. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila ikon seni negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (ctdk), turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Pesanan Bermakna Dari TokTi Ubah Mindset

Bukan sekadar ucapan kosong, penyanyi nombor satu negara itu telah menitipkan satu nasihat yang sangat mendalam bagi mengubah persepsi dan cara pandang gadis berkenaan terhadap erti sebenar hari lahir.

Menurut Siti Nurhaliza, berbanding menunggu ucapan daripada orang lain, hari lahir sepatutnya menjadi waktu untuk kita sendiri yang menghargai pengorbanan ibu dan bapa yang telah melahirkan kita ke dunia.

“Salam dik.. Akak nak share 1. Selalunya kita memang harap orang beri ucapan birthday pada kita terutama sekali Ayah Ibu, tapi boleh tak kita tukar persepsi tu.. Bila hari lahir, kita yang sepatutnya call Ayah & Ibu ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan & besarkan kita dengan baik..

Sebab tanpa mereka, kita tak berada di dunia ni. Kita yang patut hadiahkan mereka.. Semoga apa yang akak kongsi ni tak menyinggung perasaan ye.. Selamat Hari lahir dik,” tulis TokTi lembut.

Pesanan yang penuh kelembutan daripada TokTi ini pastinya bukan sahaja menyentuh hati gadis berkenaan, malah menjadi peringatan berharga buat kita semua.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.