in

“Patut dress kuning saya hilang” – Tok Ti Terhibur Tengok Parodi Bidadari Syurgamu, 7 Hari Mencintaiku 2

Bb 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya gelora emosi semasa menonton 7 Hari Mencintaiku 2 telah pun berakhir apabila episod terakhir drama tersebut telah ditayangkan pada Isnin lalu.


Namun, sambutan daripada peminat tidak terhenti setakat itu. Baru-baru ini terdapat sebuah parodi yang dihasilkan oleh sekumpulan lelaki yang melakonkan semula salah satu babak dalam drama tersebut.

B 2

Dalam parodi itu juga terdapat babak nyanyian lagu Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan runut bunyi bagi drama tersebut. Lakonan yang menghiburkan itu telah mencuit hati para netizen sehingga Tok Ti juga memberi respon yang sama.

Parodi nyanyian itu menunjukkan seorang lelaki sedang meniru gerak bibir lagu Bidadari Syurgamu dengan memakai dress kuning sambil memegang semangkuk ayam mentah. Lakonan yang menghiburkan itu telah mencuit hati para netizen sehingga Tok Ti juga memberi komen “patut dress kuning saya hilang” di sebuah posting di Twitter.

Sebelum itu, Tok Ti juga ada berkongsi satu tweet yang mengatakan beliau sedang berehat dan meminta peminatnya untuk berkongsi cover lagu beliau untuk di repost.

Pelbagai cover yang telah dikongsikan oleh peminat penyanyi nombor 1 Malaysia ini. Tidak ketinggalan vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza juga ada turut berkongsi nyanyiannya.

Ternyata ramai yang berbakat dan meminati lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Lagu Bidadari Syurgamu ini juga telah dimuatkan dalam album terbaru beliau iaitu ManifestaSITI 2020.

 

Baca: WOW! Pengikut Tok Ti Di Instagram Cecah 7.8 Juta. Siti Harap Perkongsiannya Beri Manfaat

B3 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.