Penyanyi tersohor nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti telah menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni Kreatif dan Media oleh Sunway University.
Pengiktirafan tersebut diberikan bagi menghargai sumbangan luar biasa, impak dan legasi beliau dalam industri hiburan serta penglibatan aktifnya dalam dunia seni persembahan tanah air selama beberapa dekad.
Artikel berkaitan: “Tokti dah buang ke kereta tu?” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kongsi Detik Sewaktu Kemalangan Tempoh Hari
Artikel berkaitan: Anak Tiri TokTi Selamat Bertunang, Keluarga Titip Ucapan Tahniah Buat Aazief
Menerusi IG Story miliknya, kelihatan Tok Ti sedang memakai jubah konvokesyen dan topi graduasi sambil memegang skrol ijazah dari Sunway University.
Dalam pada itu, Tok Ti juga menunjukkan lampiran dalaman skrol tersebut yang memaparkan gambar dan huraian sumbangan beliau dalam industri seni ini.

Melihat pencapaian beliau, ramai netizen di Threads memberikan ucapan tahniah dan tumpang gembira melihat kejayaannya selain daripada memuji penampilan penyanyi tersebut.

Selain anugerah ini, TokTi pernah menerima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan menerima Anugerah Asia Legendary Lifetime Achievement.
Sumber : Threads, Melaka Hari Ini,
