in

“Masuk kedai pakai helmet je” – Lelaki Pakai Gelang Pink Selamba Pergi Kedai Tak Pakai Mask & Tak Scan MySejahtera

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah hampir dua tahun kita dilanda pandemik Covid-19 dan dengan peningkatan kes yang makin meningkat di negara ini, masih ada lagi individu-individu yang ambil mudah dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.


Ini disaksikan sendiri oleh seorang pesara Sofea Abdullah ketika dia berada di luar salah sebuah pasar mini di Jalan Ujong Pasir, Melaka.

Menceritakan pengalamannya kepada NST, wanita ini mengatakan yang dia telah melihat seorang remaja lelaki yang sepatutnya kuanratin di rumah telah keluar tanpa memakai pelitup muka.

Saya park dekat depan pasar mini tengahari Sabtu lalu bila satu motosikal berhenti di sebelah kereta saya.

“Saya perasan yang dia tak pakai pelitup muka sebelum masuk ke dalam pasar mini dengan hanya memakai helmet dan tak scan MySejahtera atau tulis di buku.”

Wistband 1622986103

Tak sampai beberapa minit, lelaki itu kemudiannya keluar dari kedai tersebut dan kembali ke motosikalnya.

Lelaki ni kemudiannya nyalakan rokok dan ketika itulah saya terkejut bila nampak dia pakai gelang pink KKM.”

Remaja yang kelihatan acuh tak acuh itu duduk sebentar di atas motosikalnya sebelum memecut pergi ke arah Padang Temu.

Masa orang sekeliling kita ramai yang mati, ada juga individu yang tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.

“Kita sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk perhatikan orang seperti ini dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas.”

Tambah Sofea lagi, kawasan Ujong Pasir merupakan kawasan zon merah dengan 73 kes positif dilaporkan juga kes tertinggi di negeri tersebut.

Saya tak tahu mana lagi orang ni dah pergi dan siapa yang dia dah jangkiti.”

Sofea mengatakan dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

 

Baca: “Takde otak ke”- Bergurau Tak Kena Tempat, Individu Pakai ‘Gelang Pink’ Selamba Paksa Salam & Peluk Member

Screenshot 2021 06 07 At 3.55.50 Pm

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.