in

“Masalahnya bini ko yang lapaq b*tang panjang” – Lelaki Dibelasah Lepas Kantoi Bercinta Dengan Isteri Orang

Befunky Collage 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila korang dengar cerita pasal suami atau isteri curang ni mesti korang pun sama marah kan? Mulalah terfikir kalau-kalau pasangan korang pun curang.


Perkara sama turut terjadi di Kuala Besut semalam. Video seorang lelaki dibelasah beramai-ramai selepas kantoi jalin hubungan dengan isteri orang telah dimuatnaik di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Menurut Harian Metro, kejadian ini dipercayai berlaku apabila suami wanita yang berada dalam video ini telah menangkap isterinya yang sedang berdua-duaan dengan lelaki lain di hadapan sebuah bank.

Ingatkan janda…

Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, orang awam yang berada berhampiran dengan kejadian itu turut marah dengan apa yang berlaku dan bertindak membelasah lelaki tersebut. Ramai betul yang terasa ni.

Wanita itu turut dilihat menjerit dan cuba mempertahankan lelaki berkenaan dengan melindunginya daripada dipukul beberapa kali, menyebabkannya turut terkena pukulan sehingga akhirnya lemah dan tersembam ke atas jalan.

Lelaki yang dibelasah ini dikatakan berasal dari Kuala Lumpur dan baru saja mengenali wanita ini menerusi Facebook dan berjanji untuk bertemu di pekan Besut semalam. Lelaki ini juga mengatakan yang wanita tersebut mengaku dirinya janda.

“Memang mereka dibawa ke balai, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang dipukul atau suami wanita berkenaan mengenai kejadian.

“Mengikut rekod kami, wanita berkenaan mempunyai masalah rumah tangga dan sebelum ini pernah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga,” – Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

“Masalahnya bini ko yang lapaq b*tang panjang”

Reaksi netizen lepas tengok video viral ini lain pula, ramai yang menyalahkan wanita dalam video ini. Mereka merasakan yang wanita tersebut yang gatal dan bukan lelaki itu. Macam tepuk sebelah tangan tak berbunyilah.

Screenshot 2019 03 05 At 6.46.27 PmScreenshot 2019 03 05 At 6.46.47 PmScreenshot 2019 03 05 At 6.47.10 Pm

Hakikatnya, semua masalah boleh bawa berbincang. Tak semestinya kena selesaikan dengan cara kasar. Nanti tak pasal-pasal lain pula ceritanya.

 

Baca: Netizen Geli Hati Dengar Voice Note Awek Gangster Darjah 5 Ni Ugut Nak Belasah Sebab Sailang Pakwe

Screenshot 2019 03 05 At 6.51.01 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.