Tindakan seorang lelaki cuba menyembunyikan diri di belakang pintu tandas sebuah inap desa gagal apabila dia akhirnya dicekup berkhalwat bersama seorang wanita berstatus janda, awal pagi tadi.
Dalam serbuan yang dijalankan oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar jam 2.10 pagi itu, kehadiran mereka disambut oleh wanita terbabit yang membuka pintu bilik dalam keadaan hanya berkemban dan memakai baju tanpa lengan.
Menurut pihak JAINJ, anggota mereka terlebih dahulu memperkenalkan diri sebelum masuk ke dalam bilik inap desa berkenaan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Artikel berkaitan : Lelaki ‘Kecut Perut’ Ditangkap Khalwat Dengan Janda 20-an, Takut Isteri Tahu
Artikel berkaitan : Bekas Menteri Ditahan Berkhalwat, JAIS Sahkan Tangkapan
“Penguat kuasa JAINJ kemudiannya menolak pintu tandas sebelum menemui seorang lelaki sedang bersembunyi di belakang pintu. Lebih mengejutkan, lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam tanpa berbaju,” katanya.

Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati pasangan yang masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah, sebaliknya memaklumkan bahawa mereka sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah lagi.
“Apabila ditanya tujuan menyewa bilik inap desa berkenaan, mereka mendakwa hanya mahu berehat dan meluangkan masa bersama.”
“Pasangan itu turut mengakui mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun belum menetapkan sebarang tarikh pernikahan,” katanya.
Susulan itu, kedua-duanya telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 bagi tujuan siasatan lanjut dan pendakwaan di Mahkamah Syariah.
Sumber : Harian Metro
