in

“Mana makcik bawang yang selalu dok kutuk Cik B?” – Dato’ Seri Vida Tayang Gambar Bersama Anak, Kini Cik B Tampil Lebih Vogue & Lawa!

Siapa Cakap Cikb Tak Lawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai mungkin sudah melihat gambar cover hadapan majalah Nona yang viral baru-baru ni, menampilkan Cik B iaitu anak kepada Dato’ Seri Vida kelihatan lebih feminin dan berpenampilan vogue dengan dress lip lapnya.


Foto muka hadapan majalah ni obviously mendapat pujian ramai netizen, yang mana rata-rata suka dengan rupa Cik B yang baru ni. Bukan saja netizen tau yang teruja, DSV sendiri pun apatah lagi siap kongsikan gambar tu di Instagram

 

“Hambekkk… mana makcik bawang yang selalu dok kutuk Cik B?” 

Menerusi perkongsiannya, sebagai ibu yang berbangga dengan perubahan anak, DSV mempersoal kritikan orang ramai selama ini terhadap Cik B yang rata-rata mengatakan anaknya itu tidak reti berfesyen, berkulit gelap dan kurang feminin.

Namun penampilan Cik B dalam cover Nona ni ternyata berbeza malah dia kelihatan lebih classy dan vogue tau!

Tambah DSV, Cik B juga sudah banyak berubah. Dari dahulunya sangat pemalu dan tiada keyakinan diri, kini Cik B sudah jadi orang yang berbeza dan pandai berposing di depan kamera.

“Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu, tak yakin diri….” tulis Dato’ Seri Vida.

 

“Inilah pertama kali Cik B menyarung dress lip lap” 

Dalam pada itu, managing editor bagi majalah Nona, Kiffy Razak juga sempat berkongsi gambar Cik B dan DSV dari sisi lain sambil memberitahu yang inilah kali pertama anak muda yang masih di bangku sekolah ni menyarung baju lip lap tersebut tau!

Yelah kan sebelum ni Cik B macam rappers sikit. Mana nak pakai dress… 

So ada yang masih nak kutuk Cik B lagi tak? Siapa kata Cik B tak lawa? 

Baca: “Kalau aku dah lama belasah si AA ni” – Netizen ‘Respect’ Cik B Tak Melenting Bila Cakap Pasal Azwan Ali

B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.