Bapa Rogol Anak Kandung 36 Kali Sampai Beranak 6, Alasan Sebab Nak Ajar Cara Bersetubuh

Ini ayah ke binatang?!

Seorang bapa dari Wales telah didapati bersalah atas 36 dakwaan rogol dan 1 dakwaan gangguan seksual lepas merogol anak sendiri selama dua dekad.

Menurut Wales Online, lelaki yang tak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa ini dilaporkan telah memberitahu anaknya yang dia nak ajar cara untuk have sex supaya anaknya tahu apa nak buat bila dah ada teman lelaki nanti.

Dia kemudiannya berulang kali merogol anaknya selama 20 tahun dan telah mengandungkan wanita malang ini sekurang-kurangnya ENAM KALI! Mangsa memberitahu mahkamah yang dia dah mengandung sejak usianya 14 tahun tapi hanya buat laporan polis pada tahun 2018.

Lelaki ini dikatakan bukan je dah rogol anak kandungnya sendiri, anak yang dilahirkan hasil perlakuan sumbang ini pun dia rogol juga. Apa jenis nafsu ni?

Gambar Hiasan

Hakim yang dilantik untuk mengendalikan kes ini mengatakan yang ini adalah kes paling teruk yang dia pernah handle sepanjang 40 tahun jadi hakim.

Kes awak ni kes paling teruk pernah saya dengar dan saya akan pastikan yang awak dapat hukuman paling lama sekali.”

Pendakwa raya juga mengatakan yang bapa ini turut menggunakan sihir untuk manipulasi mangsa-mangsanya termasuk mencipta mistik palsu dan memberitahu mangsa untuk melakukan perlakuan seks bersamanya.

Apabila diberikan bukti, lelaki ini mengaku yang dia telah melakukan hubungan seks ke atas anaknya sejak wanita itu berusia 14 tahun namun menambah yang mangsa mengugut supaya dia meneruskan hubungan seksual antara mereka.

Eee ada je alasan tak nak mengaku salah!

 

Baca: “Otak kat mana?” – Jijik! Bapa Rogol Anak Sendiri Sebagai ‘Hadiah’ Birthday

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson