in

“Mama balik dulu…” – Ibu Bapa Maut Kemalangan Lepas Hantar Tiga Beradik ke Kampung

Pagea1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim cuti persekolahan biasanya merupakan saat menggembirakan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Namun kegembiraan ini bertukar tragedi kepada tiga orang adik beradik yang kehilangan ibu bapa sebelum sempat menikmati alam cuti persekolahan.


Menurut Berita Harian, tiga orang kanak-kanak; Muhammad Daris Wafiy, 10 tahun, Muhammad Daris Rayyan, 9 tahun dan Muhammad Daris Amsyar, 5 tahun menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapa dan adik bongsu mereka yang berusia tiga bulan terlibat dalam kemalangan.

A4
sumber: the star
A3
sumber: berita harian

Kemalangan yang berlaku pada jam 4:30 pagi di Kilometer 21 Jalan Sitiawan – Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan itu menyebabkan kereta Toyota Wish yang dipandu oleh ibu bapa mereka terbabas ke dalam parit sebelum terbalik, lapor Harian Metro.

Datuk kanak-kanak itu, Nadzim, 68, memaklumkan bahawa adik beradik itu memang sudah biasa ditinggalkan di rumahnya pada musim cuti persekolahan. Sewaktu kejadian, Wafiy memberitahu bahawa dia dikejutkan daripada tidur oleh ibunya yang mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum meninggalkan mereka di rumah nenek.

A2
sumber: facebook
A7
sumber: facebook

“Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata ‘mama balik dulu’.”

Mama pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik.”

Wafiy juga menceritakan bahawa dia dan Rayyan kembali tidur selepas bersalaman dengan ibunya tanpa mengetahui bahawa itu adalah kali terakhir mereka akan berjumpa dengan ibu. Satu jam selepas itu, mereka dimaklumkan mengenai berita pemergian ibu bapa sewaktu dikejutkan oleh nenek mereka.

A1
sumber: facebook

“Masa opah (nenek) kejut dan bagi tahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya diam tapi dengar semua orang dalam rumah menangis.”

Ibu bapa dan adik bongsu tiga beradik ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir. Wafiy, Rayyan dan Amsyar yang kini yatim piatu akan tinggal bersama datuk dan nenek mereka dan segala urusan persekolahan akan diuruskan oleh Nadzim dan isterinya.

Semoga tiga beradik ini tabah menghadapi dugaan. Sedihnya bangun tidur tiba-tiba ibu bapa dan adik dah tiada di dunia ni.

Baca: ‘Spiderman’ Muncul Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Dapat Perhatian Ramai

Sipeey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.