in

‘Spiderman’ Muncul Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Dapat Perhatian Ramai

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
'Spiderman' Muncul Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Dapat Perhatian Ramai
Loading
/

Ramai yang tahu bahawa watak superhero hanyalah fiksyen semata-mata. Yelah mana ada manusia ada kuasa superhero. Namun apa yang terjadi di Thailand terbukti sebaliknya apabila Spiderman kesayangan orang ramai telah membuat penampilan di bandar tersebut. Betul ke ni?


Menurut Coconuts, kisah yang tular di media sosial telah mendapat perhatian orang ramai apabila seorang lelaki yang berpakaian seperti Spiderman datang menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di wilayah timur Phetburi.

Spiderman2
sumber: coconuts
Spiderman3
sumber: coconuts

Video yang direkodkan di persimpangan tersebut telah menunjukkan sebuah lori berwarna putih telah melanggar penunggang motosikal berkenaan. Akibat daripada hentaman yang kuat, penunggang tersebut terpelanting dan terjatuh dari motosikalnya.

Beberapa saat kemudian, ‘Spiderman’ bernama Wasan Ketsuwan itu dilihat berlari ke arah lokasi kemalangan untuk menyelamatkan penunggang tersebut sambil memegang sejambak bunga di tangannya. Kenapa bawak bunga pulak ni?

Rupa-rupanya, Wasan merupakan seorang penjual bunga dan digelar ‘Flower Spiderman’ oleh orang awam. Memang sudah menjadi kebiasaan Wasan untuk memakai kostum berkenaan sewaktu menjual bunga di persimpangan Tha Yang.

Netizen yang menonton video tersebut di Facebook kebanyakannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wasan atas tindakan murninya menyelamatkan mangsa.

Giphy 1

Di dalam satu temubual, Wasan mengatakan dia pernah bekerja sebagai pelakon teater sebelum menukar kariernya menjadi penjual bunga. Dia juga turut memiliki beberapa kostum yang lain seperti Ironman dan Minion.

Tidak kira ada memakai kostum atau tidak, kalau anda menjadi saksi kemalangan jangan hanya berdiam diri. Hulurkan bantuan seadanya.

Baca: Terima Kasih! ‘Unsung Heroes’ di Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Layak Terima Penghormatan

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.