in

Malu Asyik Kena ‘Bahan’, Gadis Diet dan Workout Sampai Hilang 42KG Dalam 6 Bulan!

Diet Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa sedih bila zaman sekarang ni, rupa paras dan fizikal orang lain boleh dijadikan bahan lawak. Lepas tu, bila orang diejek tu sentap eh boleh pulak dia kata depa tak sporting. Ingat kelakar ke ejek pasal berat badan orang? 


Dek kerana selalu jadi bahan ejekan, ramai hilang confident untuk berdepan dengan orang dan ada juga yang ambil sebagai cabaran untuk buktikan mereka mampu kurus!

Menurut Nextshark, diet dan work out menjadi rutin harian gadis India berusia 20 tahun ini sebab tak tahan asyik jadi bahan ejek dan mangsa buli kerana fizikalnya.

“Ketika berat saya 96 kilogram, saya kerap dibuli dan diejek kerana gemuk.”

Februari lalu, Arpita Agarwal berkongsi di Facebook about dia punya lose weight journey selama enam bulan.

Diet Senaman
sumber: facebook

Hasil amalkan diet seimbang dan senaman, Arpita berjaya turunkan berat badan dia sebanyak 42 kilogram dalam masa enam bulan!

Bila ditanya tentang apa yang dia lalui sebelum ini, Arpita share cerita,

“Nak berjalan betul-betul pun saya tak boleh disebabkan berat badan. Baju saya sendiri ketat dan rasa malu bila pembantu kedai bagitahu saiz baju saya tak ada.

“Kita sering merendahkan diri sendiri dan hilang keyakinan bila kita tak nampak result seperti yang diharapkan.”

Arpita kemudian mula pergi ke gym dan ubah cara pemakanan kepada lebih sihat. Ini cara diet dia amalkan:

  • Breakfast – Oats, buttermilk dan roti disapu peanut butter
  • Lunch & dinner – capati, dal, dahi, salad, brown rice dan sup
  • Tidak makan fast food dan ‘jajan’
Senaman Diet
sumber: nextshark

Buat senaman setiap hari

Untuk senaman pulak,setiap hari Arpita akan buat cardio selama 15 minit, training selama satu jam, weight training dan fit training termasuk burpees, jumping jacks, plank walk, plank jumps dan lungesKalau taktau apa, pi google cara-cara senaman ni!

“Setiap kali anda hilang fokus atau motivation, anda perlu fikir kepayahan anda dah lalui sebelum ini selain bayangkan apa yang ada mahukan.”

“Saya masih ingat betapa kegemukan itu mempengaruhi kesihatan saya. Berjalan, cari pakaian mengikut saiz, lakukan kerja seharian dengan tenang itu adalah salah satu ujian saya perlu tempuhi. Perkara itu membuatkan saya tidak hilang fokus (untuk teruskan diet, senaman).”

Paling penting sekali, kita kena ada disiplin dan determination untuk lakukan big change dalam hidup. Sebagai contoh macam Arpita, perubahan dia nak buat is kurangkan berat badan dan amalkan pemakanan sihat. Jom start work out!

Exercise Running Gif Downsized Large

Kisah perjalanan weight loss Arpita memang satu inspirasi untuk kita semua. Ramai yang baca cerita ni rasa bersemangat untuk kurangkan berat badan dorang jugak!

So kalau korang lalui situasi yang sama macam Arpita, jangan mengalah okay! Bukan semata-mata nak kurus tapi untuk body yang lebih sihat also! 

Baca: [VIDEO] Iklan Produk Lokal Teruk Dihentam Kerana Hina Wanita Gemuk

Dua 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.