[VIDEO] Iklan Produk Lokal Teruk Dihentam Kerana Hina Wanita Gemuk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] Iklan Produk Lokal Teruk Dihentam Kerana Hina Wanita Gemuk

 
 
00:00 /
 
1X

Sekarang ni makin banyak produk untuk kuruskan badan dijual kat pasaran. Lepas tu macam-macam jenis iklan dibuat semata-mata nak lariskan produk kurus tu. Ada jugak yang sampai tahap merendah-rendahkan orang gemuk, macam satu iklan ni.

Menurut Free Malaysia Today, satu iklan menjual produk nak kuruskan badan jadi tumpuan ramai lepas dimuat naik sebuah portal tempatan di media sosial (telah dipadam). Bukan kerana keberkesanan produk yang dijual, iklan tu tarik perhatian ramai atas isu stereotaip yang diketengahkan.

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Dalam video iklan berdurasi 3 minit 2 saat tu, seorang wanita gemuk dilihat bertanya teman lelakinya bila jejaka tersebut nak masuk meminang. Lelaki tu kemudiannya suruh girlfriend dia bersabar sebab dia nak buat pengiraan sebelum masuk meminang.

Pengiraan yang nak dibuat kononnya adalah kos untuk tanggung bakal isterinya lepas kahwin nanti. Menurut lelaki tu, kos sara hidup dorang bila kahwin adalah dua kali lebih tinggi sebab teman wanitanya tu gemuk. 

“Kalau awak besar macam ni, kosnya dua kali ganda.”

“Silap-silap tilam pun saya kena ambil (saiz) triple King.”

“Saya kena beli beras dua kilogram, dua guni setiap minggu.” 

Sumber: FMT
Sumber: FMT

“Awak tu, belum kahwin. Awak dah jadi macam beruang bunting. 

“Nanti lepas kahwin, awak dah jadi macam gajah bunting.”

Wanita tersebut yang jelas terasa dengan kata-kata teman lelakinya nekad nak kuruskan badan dan beritahu yang dia akan kurus dalam masa sebulan. Sebulan kemudian wanita gemuk tadi dah jadi kurus dan slim lepas consume produk kurus yang diiklankan. Lepas tengok teman wanitanya yang dah kurus, lelaki tu terburu-buru pulak nak kahwin.

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Sebabkan jalan cerita macam ni dan sikap lelaki tu yang duk kritik dan merendah-rendahkan teman wanita dia, ramai hentam dan kutuk iklan ni sebab promote pasal stereotaip wanita gemuk dan skrip yang tak sensitif.

“Eleh, kurus baru nak kahwin. Selagi tak kurus tak kahwin la ye? Dasar pandang rupa paras. Bercinta biar ikhlas,” kata seorang netizen.

“Nak berumahtangga kena jujur terima seadanya.”

“Nanti lepas kahwin beranak bini kau gemuk balik kena cerai la gamaknya.”

Sumber: FMT

Kalau ye pun nak iklankan produk, jangan la sampai memalukan orang lain. Tak baik tau hina orang macam tu!

Tonton video iklan tu kat sini:

Sumber: FMT

Baca: “Sangat tak kelakarlah!” – Medispa Terkenal Dihentam Kerana Muat Naik Iklan Kutuk Wanita Berjerawat, Galak Keganasan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.